Saturday 19 November 2011

2012 Budget: Where is our money going?

Satu forum bersama YB Nurul Izzah dan sdr Teh Chi-Chang, Pengarah Eksekutif REFSA mengenai Belanjawan 2012 dan impak kepada hidup rakyat Malaysia akan diadakan pada

Tarikh: 26hb Nov (Sabtu)
Waktu: 3-5ptg
Tempat: Leonardo's Restaurant, 61 Jalan Bangkung, Bangsar

Semua warga Lembah Pantai yang ingin mengetahui ke mana bakal perginya duit rakyat dalam Belanjawan 2012 ini dijemput hadir.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di 03-22409476

Sunday 13 November 2011

Terus berkhidmat walau 1001 halangan

LEMBAH PANTAI 13 Nov. - Program klinik kesihatan percuma dan pendaftaran pengundi baru anjuran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berjalan seperti biasa walaupun dihalang untuk menggunakan Dewan C1-02 di Taman Sri Sentosa.

Khidmat yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu mendapat sambutan baik dari penduduk-penduduk setempat walaupun terpaksa menggunakan khemah untuk para doktor bagi memberikan khidmat.

Semangat jitu para doktor dan sukarelawan untuk meneruskan khidmat walaupun dihalang untuk menggunakan dewan di kawasan perumahan itu walaupun telah mendapat kelulusan awal sebelum ini.

Tentunya pihak yang tidak bertanggungjawab ini memikirkan dengan menghalang para doktor dan para sukarelawan untuk menggunakan dewan tersebut boleh menghalang niat ikhlas untuk membantu penduduk, jauh sama sekali, kami tidak pernah berputus asa untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Asas perjuangan kami ialah "Demi Malaysia Yang Lebih Baik" dan dengan itu kami akan terus berjuang untuk menentang kezaliman yang kamu lakukan.


Khemah yang digunakan untuk memberikan
khidmat klinik percuma

Doktor sedang memeriksa paras glukos dalam
dalam darah salah seorang penduduk
Warga emas paling ramai menerima rawatan
tekanan darah tinggi dan paras glukos dalam
darah


Menunggu giliran untuk mendapatkan
pemeriksaan percuma dari doktor pakar
Mendaftar untuk mendapatkan rawatan dan
Program warga emas
Sentiasa berkhidmat untuk masyarakat

Sunday 6 November 2011

Lawatan Dr Wan Azizah

PANTAI DALAM, 6 Nov 2011 - Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, telah membuat kunjungan ke beberapa kawasan di Lembah Pantai. Ini termasuklah surau di Blok P20 Taman Bukit Angkasa, surau di flat Pantai Permai, dan Blok C PPR Kerinchi.

Alhamdulillah ramai penduduk telah dapat beramah mesra bersama Kak Wan sambil menyiapkan daging korban untuk agihan. InsyaAllah dengan program-program lawatan sebegini penduduk akan lebih mudah mendekati pucuk pimpinan Keadilan serta memahami dasar-dasar parti demi membawa perubahan positif ke persada politik tanah air.

Di Taman Bukit Angkasa
Penduduk menyediakan daging korban untuk agihan
Kak Wan bergambar dengan anak-anak kembar :)
Melawat flat Pantai Permai
Penduduk tekun bekerja
Bergambar dengan reformis di PPR Kerinchi
Menerima agihan daging korban

Selamat Hari Raya Aidiladha

Tim Kanta Lembah Pantai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca budiman. Semoga di hari yang mulia ini kita akan sama-sama menghidupkan makna pengorbanan, dalam perjuangan dan juga kehidupan sehari-hari.