Wednesday 27 July 2011

Laman web diperbaharu

Kanta Lembah Pantai baru melihat laman web terbaru YB Nurul Izzah, yang telah dimuatnaik petang tadi. Diharapkan dengan reka grafik terkini maka lebih mudah Ahli Parlimen Lembah Pantai berinteraksi serta memberikan penerangan isu-isu semasa yang berkaitan dengan warga Lembah Pantai dengan lebih jelas lagi.

Laman web terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai 

Monday 25 July 2011

Program Makan Malam

BANGSAR BARU, 23 Julai - Lebih 600 orang telah hadir memberi sokongan yang kuat kepada usaha-usaha Pakatan Rakyat menerajui reformasi politik tanahair. Majlis makan malam raih dana ini merupakan kali kedua program seperti ini telah diadakan tahun ini, dan respon yang diterima setiap kali cukuplah hebat.

Tambahan pula kali ini satu forum "Malaysia Untuk Setiap Anak Malaysia - Pakatan Rakyat ke Putrajaya" telah diadakan, yang di sertai:

  • YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
  • YB Dato Husam Musa, ADUN Salor merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan
  • YB Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung KEADILAN
  • YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN
Cukup jelas hadirin amat teruja dengan kejayaan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, dengan contoh-contoh sahih penjimatan kewangan, penambahbaikan mutu perkhidmatan, dan konsep negara berkebajikan yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.


Forum "Pakatan Rakyat ke Putrajaya"
Selain itu, para hadirin turut menyaksikan Nurul Iman iaitu adik kepada YB Nurul Izzah yang menceritakan pengalaman beliau menyertai program Bersih 2.0 pada 9hb Julai yang lalu.

Nota: Kanta Lembah Pantai berharap sokongan tegar ini akan dapat diperkukuh dalam hari-hari mendatang, menjelang PRU13!

Wednesday 20 July 2011

Kuliah Agama di Surau Al-Hidayah

KERINCHI, 20 Julai - Harap maklum bahawa berikut adalah siri kuliah maghrib yang akan diadakan di Surau Al-Hidayah di Vista Angkasa dalam bulan Julai.

Kepada yang berminat juga ada disediakan borang sumbangan More sewaktu bulan Ramadhan yang bakal tiba.



Nota: Marilah kita ambil peluang untuk menambahkan ibadah dan meninggalkan segala yang dilarangNya.

Thursday 14 July 2011

Program Tuisyen Bahasa Inggeris

PANTAI DALAM, 14 Julai - Bagi anak-anak warga Lembah Pantai yang ingin memperbaiki mutu Bahasa Inggeris, kini satu siri tuisyen BI akan diadakan setiap hari Ahad, jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, di Dewan Perumahan Pantai Permai.


Kanta Lembah Pantai berharap ramai lah yang akan turut serta, kerana menambah ilmu itu suatu perkara yang cukup mulia dan sangat diperlukan, demi masa depan yang lebih cerah.

Tuesday 12 July 2011

Pemberian kerusi roda

SRI SENTOSA, 8 Julai - Walaupun semakin hari, harga barang semakin naik, namun masih ada insan-insan yang sanggup dan sedia memberikan bantuan dan sokongan dalam segala macam bentuk dan rupa.

Inilah yang menjadi inspirasi buat staf Kanta Lembah Pantai, yang sempat merakam sesi pemberian kerusi roda kepada penduduk di Sri Sentosa. Semoga dengan pemberian yang tidak seberapa ini hidup mereka sehari-hari bertambah selesa.

Gambar kenang-kenangan

Seorang pakcik yang berterima kasih

Beban kini ringan sedikit

Monday 4 July 2011

Waktu Operasi Baru

PANTAI DALAM, 4 Julai - Operasi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai kini beroperasi pada waktu-waktu yang berikut:

Isnin-Khamis: 10 pagi - 6 ptg
Jumaat: 10 pagi - 12.30 tgh hari
Sabtu: 10 pagi - 2 ptg

Kanta Lembah Pantai berharap lebih ramai penduduk Lembah Pantai yang akan menggunakan kemudahan ini untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai serta pasukan beliau yang aktif menyelesaikan masalah rakyat.

Sunday 3 July 2011

Komik disebar di program SPR??

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Kanta Lembah Pantai dimaklumkan beberapa orang penduduk Lembah Pantai telah menerima komik-komik yang menyindir usaha gerakan Bersih 2.0, yang telah dipos kepada mereka.

Yang paling Ajaib bin Menghairankan, komik-komik tersebut telah disebar di program Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) seminggu yang lalu! Siapakah yang menjadi konduktor orkestra yang bingit ini? Siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang turut bersekongkol...???

Terlalu banyak tandatanya, baca selanjutnya di sini.

Saturday 2 July 2011

Tonton jangan tak tonton

Kalau belum tonton, kami Kanta Lembah Pantai jemput anda melihat sendiri huraian mengapa video Datuk T itu fitnah semata-mata.