Thursday 25 August 2011

DS Anwar Ibrahim di Masjid Ar-Rahman

BUKIT PANTAI, 25 Ogos - Malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun ke Masjid Ar-Rahman, Bukit Pantai, untuk mengerjakan solat Isya' dan Tarawih, menemani YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai. Datuk Seri Anwar dan YB Nurul Izzah telah disambut dengan penuh semangat oleh lebih kurang 150 anak kariah.

Setelah solat Isya', Datuk Seri Anwar telah memberikan sedikit tazkirah mengenai Ramadhan dan erti perjuangan. Alhamdulillah, hadirin dapat memahami isi kandungan tazkirah tersebut, dan semoga semua akan berusaha untuk perbaiki amal ibadah bukan sahaja sewaktu bulan Ramadhan, tapi sepanjang tahun.

Nota Kanta: Syukurlah ada pemimpin seperti Datuk Seri dan YB Nurul Izzah yang turun padang dengan senang dan mudah, membawa bukan barang-barang yang bakal habis dan hilang, tetapi dengan mutiara ilmu yang mengkayakan nurani dan kalbu.

Bergambar bersama kariah masjid

Bersalaman sebelum pulang

Melawat warga emas Lembah Pantai dan menyerahkan bantuan

Kuala Lumpur 23 Ogos - Sebagai pemimpin generasi muda yang mempunyai budi pekerti yang baik YB Nurul Izzah Anwar meluangkan kira-kira dua jam untuk melawat lima warga emas yang tinggal di kawasan Parlimen Lembah Pantai untuk bertanya khabar serta menyerahkan barang-barang di bawah program Jom Shopping.

Kelima-lima warga emas itu tidak dapat menyertai program Jom Shopping pada 21 Ogos lepas berikutan terlalu uzur dan sebagai ganti Nurul Izzah menyerahkan sendiri barang-barang yang dibeli kepada warga emas tersebut.



YB Nurul Izzah melihat Makcik Siti Zaharah
menujukkan poster yang masih disimpannya

Makcik Siti Zaharah menceritakan
sesuatu kepada YB Nurul Izzah

YB Nurul Izzah Anwar sempat memberi pos istimewa
dengan Makcik Fatimah

Bertanya sesuatu kepada Makcik Esah yang agak uzur



Melawat Makcik Waliyah



Wednesday 24 August 2011

Raja Nong Chik salahguna kuasa sebagai Menteri Wilayah?



HANGAT! MELETOP! SKANDAL! (Pinjam ayat, maaf keluar dari kebiasaan Tim Kanta)

Adakah Dato Raja Nong Chik telah menyalahguna kuasa beliau sebagai Menteri Wilayah? Baca dan fikirkan...

(petikan dari Malaysiakini)

PKR: Ministry funding Raja Nong Chik's Lembah Pantai goal?

Aug 24 - Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin has been accused of spending a disproportionate amount of ministerial allocations on the Lembah Pantai constituency.

PKR vice-president Tian Chua said that this might be because Raja Nong Chik is widely tipped to be the Umno candidate for the Lembah Pantai seat in the next general election.

"There seems to be misappropriation of funds. I challenge the minister to explain that this is not because he is intending to contest in Lembah Pantai (in the general election).

“Come clean... if it is, then what he did so far... is an abuse of government resources for his political interests," Tian Chua (right) told a press conference at the PKR headquarters in Petaling Jaya today.

Among others, he said, the minister has been providing assistance of more than RM50,000 weekly to "leaders and organisations close to Umno".

The money is issued through the Kuala Lumpur City Hall bank accounts.

"This was shown to us by a witness, and we can provide the person's testimony if need be," said Fahmi Fadzil, political secretary to PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.

Raja Nong Chik, who heads the Lembah Pantai Umno and BN divisions, was appointed a senator in 2008.

Raja Nong Chik 'intensifying efforts' in Lembah Pantai

During the 2008 general election, Umno suffered a shock defeat in Lembah Pantai, where heavyweight incumbent Shahrizat Abdul Jalil lost s the seat to Nurul Izzah, then a PKR greenhorn.

Fahmi said while Raja Nong Chik has focused his efforts in Lembah Pantai for "a while now", his efforts have been intensified in the past month.

"If you go to his Facebook page, you will find that for every 30 programmes he hosts, only one will be outside Lembah Pantai," he said.

The other programmes held by the minister in the constituency include Projek 1 Komputer 1 Murid, Kedai Rakyat 1Malaysia, 1 Sumbangan 1 Keluarga, tuition centres and student loan (PTPTN) allocations.

PKR claims that all of these programmes are organised through Umno or Umno-friendly NGOs, most prominently Pusat 1Malaysia Lembah Pantai, with there being no differentiation between government service and party work.

"Raja Nong Chik (left) should take care of the well-being of all federal territories... or else he is neglecting his job.

"(But) if all these programmes in Lembah Pantai are purely coincidental, then we hope he will also look into Batu, Wangsa Maju, and so on so that all voters in the Federal Territory of Kuala Lumpur will receive similar benefits," Tian Chua said.

On his official website, Raja Nong Chik or RNC is described as "a true local boy", having spent most of his teenage years in Lorong Limau Manis 2, Bangsar.

"Lembah Pantai has always been the place where it all began for RNC. His social and political activism all started there... RNC has seen how Lembah Pantai has transformed itself.

"He remembers the days when he started out in his social activism work during his early 30s... he feels proud to have come from here and witnessing the changes that have occurred over the years," the website reads.

Sunday 21 August 2011

Jom Shopping dengan Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Sebanyak 100 warga emas Lembah Pantai hari ini meluangkan kira-kira dua jam membeli-belah bersama-sama dengan ahli Parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar.

Program yang bermula pukul 11 pagi itu berlangsung dengan penuh gembira berikutan peluang yang diberikan kepada warga emas itu untuk membeli belah barang-barang keperluang masing-masing.

Nurul Izzah ketika ditemui memberitahu, program Jom Shopping ini merupakan program kerajaan negeri Selangor yang dikhususkan kepada anak Selangor yang tinggal di negeri itu ataupun disekitar Kuala Lumpur.

“Program ini melibatkan warga emas sekitar kawasan Parlimen Lembah Pantai dengan setiap seorang diperuntukan RM100 untuk berberlanja apa sahaja yang mereka suka.

“Terdapat warga emas yang membeli barang-barang keperluan dapur, barang-barang membuat kuih dan ada yang menggunakannya untuk membeli baju Melayu,” katanya ketika ditemui di Tesco Jalan Kelang Lama di sini hari ini.

Katanya, program ini adalah salah satu cara kerajaan negeri membantu golongan warga emas untuk mengurangkan beban perbelanjaan dan juga satu cara untuk mereka merasa berbelanja di pasar besar yang kadang-kadang jarang dapat mereka lakukan.

Nurul Izzah menegaskan, program ini akan dijalankan dari semasa ke semasa dan berharap akan terus mendapa sokongan daripada kerajaan negeri untuk menjalankan acara tersebut.

Mencuba kasut baru

Memilih barang yang hendak dibeli


Bersalam dengan staff Tesco yang sibuk
membantu program Jom Shopping


Bertanya barang-barang yang hendak
dibeli oleh peserta

Bertanya sesuatu dengan seorang warga emas


Rehat sebentar menunggu bas selepas
bershopping di Tesco


Harap gembira shopping bersama saya


Semoga pakcik gembira di hari lebaran nanti


Friday 19 August 2011

Nurul Izzah melawat PPUM

PETALING JAYA, 17 Ogos - Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada hujung bulan ini, ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah Anwar, membuat lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Nurul Izzah bersama-sama dengan Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa kira-kira dua jam bersama-sama dengan 300 orang pesakit.

"Lawatan ini dilakukan bagi melawat pesakit-pesakit yang kemungkinan tidak akan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana terpaksa menerima rawatan dan diharapkan sumbangan yang diberikan ini akan dapat menceriakan mereka,'' katanya di sini semalam.

Sumbangan diberikan kepada pesakit di Wan Kanak-Kanak, Wad Bersalin, Wad Warga Tua, Wan Kanser dan Wad Wanita.

Sementara itu ketika ditemui Nurul Izzah meminta agar kerajaan agar lebih prihatin terhadap perbelanjaan sektor kesihatan di negara ini dengan mengambil kira aspek penyelarasan semula skim gaji para medik di mana ia perlu dipertingkatkan serta diberi keutamaan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

Beliau menambah, ini kerana skim gaji para medik itu kini dilihat tidak berbaloi dengan usaha dan penat lelah mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Jika dilihat sistem kesihatan di Malaysia, doktor yang bekerja di pusat perubatan kerajaan memiliki gaji yang rendah berbanding hospital swasta tetapi mereka tetap memberikan perkhidmatan terbaik, begitu juga dengan jururawat mereka. Jadi kita perlu pertahankan mereka.

“Perkara ini juga perlu diambil secara serius kerana pada masa depan nanti, saya fikir sistem kesihatan yang sedia ada perlu peningkatan dari segi perbelanjaan, perkapita dalam perubatan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap bidang kesihatan ini di negara ini berikutan kurang mendapat perhatian kerajaan terutamanya dalam penyediaan bajet kesihatan yang semakin berkurangan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

“Saya nampak apabila dalam mana-mana belanjawan Malaysia, perkara pertama dipotong adalah bajet kesihatan. Maka kalau kita pergi ke klinik-klinik farmasi di hospital kerajaan rata-rata banyak ubat-ubatan yang kekurangan kerana mereka menjadi mangsa dalam potongan kepada belanjawan.” 

Lantaran itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan selama ini yang dilihat terdapat banyak kelonggaran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Dalam mana-mana negara pun, tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab kerajaan. Maka tidak wujud istilah perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan swasta. Khusunya Petronas dengan Prince Court dan sebagainya.

“Kerana kerajaan perlu jadi pengatur, dia memantau selia bagaimanakah perjalanan perbelanjaan dan gajian pada doktor dan jururawat yang perlu dipertingkatkan sekarang ini,” ujarnya lagi. 


Cepatlah sembuh!
Melawat pesakit di wad pediatrik 
Di wad sakit puan, sempat bermesra dengan seorang pesakit

Thursday 18 August 2011

Bantuan kepada penduduk Blok 20 Bukit Angkasa

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menyerahkan bantuan kepada penduduk miskin di Blok P20 Bukit Angkasa.


Kempen Seorang Sekampit Beras dengan tema "susah sama ditanggung dan senang sama dirasa' itu dihadiri warga-warga emas serta terpancar sinar gembira di wajah mereka apabila seorang wakil rakyat yang mesra menghulur bantuan untuk meringankan beban kehidupan yang semakin meningkat setiap hari.

Nurul Izzah semasa berucap memberitahu, walaupun pihaknya berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam menyediakan bantuan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan di kawasan Parlimen Lembah Pantai, bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedikit sebanyak telah mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihaknya.

"Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa tetapi, yang penting dalam perkara ini ialah sumbangan ini adalah ikhlas dan diharap ia sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban yang di tanggung oleh penduduk,'' katanya.

Menurut beliau, banyak perkara dari segi bantuan yang hendak diberikan kepada penduduk tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan memandangkan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak memberi peruntukan secara adil kepada ahli-ahli Parlimen untuk membantu penduduk dikawasan yang mereka wakili.


YB Nurul Izzah prihatin isu penduduk setempat
Bersama penduduk
Gambar kenang-kenangan

Monday 15 August 2011

Bantuan kepada penduduk Blok 20 Bukit Angkasa

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menyerahkan bantuan kepada penduduk miskin di Blok P20 Bukit Angkasa.

Kempen Seorang Sekampit Beras dengan tema "susah sama ditanggung dan senang sama dirasa' itu dihadiri warga-warga emas serta terpancar sinar gembira di wajah mereka apabila seorang wakil rakyat yang mesra menghulur bantuan untuk meringankan beban kehidupan yang semakin meningkat setiap hari.

Semoga kempen ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu golongan yang memerlukan. Amin.

Bersama-sama menjayakan kempen.
Bergambar dengan petugas dan penduduk.
Bertanya khabar keadaan seorang penduduk.
Penduduk yang hadir menerima bantuan.
Senyuman gembira terpapar di wajah seorang penerima

Mengedar bubur lambuk dan kurma di Stesen LRT Universiti

Kuala Lumpur 12 Ogos - Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, YB Nurul Izzah Anwar turut mengedarkan bubur lambuk dan kurma kepada orang ramai terutama penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Program yang bermula pada pukul 6 petang diteruskan walaupun cuaca yang hujan dan sambutan orang ramai terhadap acara ini amat meriah serta paling penting YB Nurul Izzah dapat berdamping dengan penduduk Lembah Pantai yang baru pulang dari kerja.

Bersama petugas selepas mengedarkan
bubur lambuk dan kurma.
Menyerahkan bubur lambuk kepada
seorang orang kurang upaya
Petugas Rapid KL tidak melepaskan peluang
bergambar dengan YB Nurul Izzah Anwar
Peluang keemasan bergambar
dengan YB Nurul Izzah Anwar

Friday 12 August 2011

Kes kematian adik Shamil Hafiz

PETALING JAYA, 11 Ogos - Kes pembunuhan tiga orang anak muda - Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22 - di Glenmarie, Selangor, kini kembali ke perhatian umum.


Kali ini, keluarga ketiga-tiga mangsa telah membuat satu laporan polis setelah menerima laporan bedah siasat terkini ke atas Mohd Hanafi Omar. Laporan ini dibuat di IPD Petaling Jaya, ditemani para peguam dari Lawyers For Liberty dan YB Nurul Izzah Anwar.


Apa yang jelas dari kesemua laporan bedah siasat yang telah dilakukan ialah ketiga-tiga mangsa telah ditembak di kepala (dan ada yang terkena tembakan di dada), pada jarak dekat, berkemungkinan mereka sedang melutut sambil penembak berdiri.


Diharapkan kebenaran dan keadilan akan dapat ditegakkan buat ketiga-tiga anak muda ini, dan semoga PDRM akan berhenti berkelakuan sebegini.



Wednesday 10 August 2011

Projek KL Eco City dan keuntungan 'atas angin'

ABDULLAH HUKUM, 10 Ogos - Berita bahawa syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd akan membeli baki saham 40 peratus milik Yayasan Gerakbakti Kebangsaan projek KL Eco City menimbulkan pelbagai tandatanya.

YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah pada pagi ini turun ke tapak pembinaan yang baru sahaja selesai merobohkan rumah penduduk terakhir di situ. Beliau membangkitkan beberapa soalan yang dituju khas kepada SP Setia dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (yang dipandu Pemuda Umno dan dipengerusi Ketua Pemuda Umno):
  1. Mengapa cadangan pengambilalihan ini baru timbul sekarang walhal usahasama atau joint venture (JV) antara SP Setia Sdn Bhd dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan, YGP Holdings Sdn Bhd, untuk projek ini telah dimeterai semenjak tahun 2000 lagi? Adakah pengambilalihan ini selari dengan hasrat yayasan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan bandar?
  2. Bagaimanakah KLEC memperoleh sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium berdasarkan prinsip perkongsian untung pada nisbah 80:20 dengan DBKL? Adakah ianya melalui tender terbuka atau cara lain? Apakah kriteria yang digunapakai Kerajaan dalam memilih KLEC untuk diserahkan tanah milik Kerajaan tersebut?
  3. Sekiranya pengambilalihan tersebut terlaksana, ke arah mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu kehidupan golongan bumiputera berpendapatan rendah. Maka, bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar, terutama mereka yang telah dipindahkan dari Kg Hj Abdullah Hukum? Atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno?
Adakah pihak SP Setia dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan akan menjawab soalan-soalan ini?

YB Nurul Izzah ditemubual wartawan di tapak KL Eco City
Nota: Kenapa Yayasan Gerakbakti Kebangsaan tiada laman web?

Monday 8 August 2011

Berbuka Puasa di Restoran Ayam Golek Lima Bintang, Lembah Pantai.

Mendekati penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bukan sahaja tertumpu kepada lawatan ke bazar-bazar Ramadhan dan mengadakan program-program di masjid dan surau, ada penduduk memilih untuk berbuka puasa di restoran ataupun kedai-kedai yang sememangnya popular dikalangan penduduk setempat. YB Nurul Izzah pada bulan Ramadhan ini mengambil kesempatan untuk berbuka puasa di Restoran Ayam Golek Lima Bintang, Lembah Pantai yang sememangnya popular dan emmmm sedap.






Sunday 7 August 2011

Program Tuisyen Percuma

PETALING UTAMA, 7 Ogos - Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama-sama Pusat Tuisyen Bestari Ilmu telah mengadakan satu program tuisyen percuma sempena peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang semakin hampir.

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna PJS 1/35, Petaling Utama ini telah disertai lebih 120 peserta, yang telah diberi kata-kata semangat selain tips untuk membuat persediaan untuk menduduki ujian PMR.

YB Nurul Izzah bersama para murid 
Memberi kata-kata perangsang
Pemberian Sijil Penyertaan
Gambar kenang-kenangan --- Selamat Maju Jaya!

Friday 5 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak musim yang menjanjikan rahmat dan keberkatan

Kedatangannya dinanti-nanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW sering berdoa bermaksud "Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya'aban dan sampaikan kami ke Ramadhan". Sempena bulan yang menjanjikan rahmah dan keberkatan ini, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar mengambil peluang untuk berbuka puasa dengan anak-anak khariah di Majid Jamek Jalan Puchong dan bersama-sama menunaikan solat Maghrib pada 2 Ramadhan 1432H bersamaan 2 Ogos 2011.


Lawatan ke Bazar Ramadhan Jalan Puchong

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar menjadikan lawatan ke bazar-bazar Ramadhan ini satu kemestian setiap hari, bazar pertama yang dilawati dan mengambil tahu mengenai orang ramai di kawasan Parlimen Lembah Pantai ialah Bazar Ramadhan Jalan Puchong.



Monday 1 August 2011

Program pembahagian moreh

Pantai Dalam, 30 Julai - Dalam menyambut kedatangan Bulan Ramadhan 1432H yang mulia ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar bersama-sama Team KEADILAN Lembah Pantai telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan bagi tahun ini. Sumbangan ini diberikan kepada semua masjid dan surau di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Majlis yang telah diadakan di Perkarangan Blok P21, Taman Bukit Angkasa itu dihadiri oleh Pengerusi setiap Masjid dan Surau atau wakil. Sebanyak 6 Masjid dan 44 surau telah menerima bantuan sumbangan untuk Moreh pada kali ini. Walaupun dalam keadaan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak diberikan tetapi berkat usaha, doa dan sumbangan orang ramai, Allah SWT memberikan jalan dan permudahkan kerja-kerja, sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis ini dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Mudah-mudahan segala Ibadah kita dilipatgandakan terutama di dalam bulan yang mulia ini.

YB Nurul Izzah berucap melancarkan program

Wakil masjid dan surau yang hadir menerima sumbangan

Kaunter sumbangan sibuk mengagih