Wednesday 28 September 2011

SRI SENTOSA, 28 Sept - Disebabkan kes ragut yang semakin meningkat di kawasan Taman Sri Sentosa, YB Nurul Izzah Anwar telah hari ini meminta kerjasama pihak polis untuk meningkatkan kekerapan rondaan.

"Saya telah terima banyak aduan dari penduduk Taman Sri Sentosa yang cukup risau dengan peningkatan kadar jenayah. Oleh itu, hari ini saya ingin meminta pihak polis meningkatkan rondaan mereka di kawasan ini," jelas beliau di luar Balai Polis Sri Sentosa.

YB Nurul Izzah berkata persoalannya bukanlah jumlah anggota PDRM, tetapi peratusan anggota polis yang ditugaskan.

"Hampir 41 peratus dari 106,000 anggota PDRM ditugaskan ke bahagian pentadbiran/tugasan pejabat, manakala hanya lebih kurang 9,000 anggota polis ditugas ke jabatan siasatan jenayah.

"Maka yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke aras siasatan jenaya, lalu memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dengan kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat."

Bersama Sarjan Balai Polis Sri Sentosa

Surat YB Nurul Izzah diterima pihak polis

"Kita perlu pertingkat jumlah anggota yang ditugas untuk siasatan jenayah."

Monday 26 September 2011

Rumah Terbuka Lembah Pantai

PANTAI DALAM, 24 September - Lebih 3,000 warga Lembah Pantai telah hadir di program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dan KEADILAN Lembah Pantai. Program ini telah diadakan di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Jalan Pantai Murni 6, Pantai Dalam.

Alhamdulillah, walaupun beberapa kejadian pemotongan kain rentang yang mempromosikan program ini telah berlaku beberapa hari sebelum hari tersebut, namun kehadiran tetap mengkagumkan.

Selain menjamu selera dengan pelbagai juadah yang tersedia, warga Lembah Pantai yang layak telah menerima bantuan dalam bentuk wang zakat yang telah disampaikan oleh YB Nurul Izzah.

Pada masa yang sama, hadirin juga telah sempat bermesra dan bergambar dengan beberapa tokoh politik tanah air yang tidak asing lagi, termasuklah Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN KEADILAN yang lain.

InsyaAllah dengan semangat yang kental dan kehadiran yang cukup menggegarkan ini, pasukan Ahli Parlimen Lembah Pantai akan bergerak dengan lebih mantap untuk memberi khidmat yang terbaik buat semua warga Lembah Pantai.


















Sunday 25 September 2011

Rumah terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kira-kira 10,000 penduduk Lembah Pantai menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar yang dianjurkan bersama Cabang Parti Keadilan Rakyat Lembah Pantai.

Turut memeriahkan sambutan itu ialah Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Anwar.

Pada majlis itu juga seramai 120 orang penduduk miskin diberikan bantuan untuk meringankan beban mereka berikutan kos kehidupan yang semakin meningkat naik.

Orang ramai dijamu dengan Nasi Briayani Lembah Pantai, Satay, Cendol, Ketupat dan pelbagai lagi makanan yang sedap.


Mencuba cendol


Selepas menjamu selera

Sebahagian orang ramai yang menghadiri rumah terbuka

Mencuba putu mayam

Tidak melepaskan peluang bergambar dengan Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah Anwar



Sebahagian orang ramai yang menjamu selera

Berbaris untuk mengambil satay

YB Nurul Izzah Anwar berucap mengalukan kedatangan penduduk Lembah Pantai

Friday 23 September 2011

Sambutan Aidilfitri di Masjid Abd Rahman Auf

PETALING JAYA, 22 September - YB Nurul Izzah telah menghadiri program sambutan Aidilfitri yang dianjur pihak jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Auf, Jalan Puchong.

Alhamdulillah, program yang begitu meriah ini telah dapat merapatkan lagi persahabatan dan talian silaturrahim sesama anak kariah masjid dan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Semoga dengan hubungan yang semakin erat ini, pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang akan dapat diselesaikan bersama, insyaAllah.

YB Nurul Izzah bersama anak kariah masjid

Sempat menikmati juadah

Merapatkan silaturrahim bersama anak kariah

Berbual isu semasa

Bertukar pendapat

Gambar kenangan setelah selesai program

Majlis Sambutan Aidilfitri di Masjid Saidina Abu Bakar

BANGSAR, 22 September - Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq (SABA) telah mengadakan satu majlis keramaian menyambut Aidilfitri. Majlis yang meriah ini telah disertai lebih 300 anak kariah Masjid SABA.

YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai turut hadir untuk solat Maghrib serta bacaan surah Yassin, serta mengeratkan silaturrahim dengan anak kariah Masjid SABA.

YB Nurul Izzah bersama saf wanita Masjid SABA

Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Qari jemputan membacakan ayat-ayat suci al-Quran

Thursday 22 September 2011

Bersama penjaja Bangsar

BANGSAR BARU, 20 September - Para peniaga di Bangsar Foodcourt, bersebelahan Bangsar Village 2 di Jalan Telawi, beranggapan mereka seakan-akan dianaktirikan pihak yang bertanggungjawab. Ini disebabkan masalah yang mereka hadapi selama ini masih belum diselesaikan.

Maka YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, telah turun untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi para penjaja, dan sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Antara masalah yang mereka hadapi termasuklah bumbung yang bocor, tandas yang kurang diselenggara, tempat basuh tangan yang kerap rosak dan cat bangunan yang nampak lapok.

YB Nurul Izzah berkata bahawa beliau akan berusaha untuk mendapatkan maklum balas dari pihak yang bertanggungjawab terhadap isu-isu tersebut.

Keadaan bumbung yang bocor cukup tidak menyenangkan

Tempat basuh tangan yang... tiada...

Sinki yang jelas rosak

Lagi bumbung yang bocor

"Saya akan minta penjelasan pihak berkuasa..."

"Sabarlah, kita cari jalan penyelesaian bersama."

YB Nurul Izzah sempat memberi kad jemputan rumah terbuka 24hb ini

Monday 19 September 2011

Rumah Terbuka YB Nurul Izzah sempena Aidilfitri

YB Nurul Izzah akan mengadakan satu majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di:

Perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai
Jalan Pantai Murni 6
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Pada hari Sabtu, 24 September 2011, jam 8mlm - 11mlm.

(Klik sini untuk pautan Google Map ke lokasi rumah terbuka)

Program Jom Shopping ke-2

PETALING JAYA, 18 September - Hampir 100 orang warga emas yang menetap di kawasan parlimen Lembah Pantai telah bersama menjayakan program Jom Shopping kali ini, ditemani YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Program yang menyediakan boucer RM100 bagi warga emas membeli barangan keperluan harian merupakan satu lagi langkah perihatin kerajaan Pakatan Rakyat yang menerajui pucuk pimpinan negeri Selangor. Ia terbuka kepada semua golong warga emas yang dilahirkan di Selangor dan telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Ini merupakan kali kedua program Jom Shopping ini diadakan, dan insyaAllah secara keseluruhannya seramai 560 orang warga emas yang menetap di kawasan parlimen Lembah Pantai akan dapat menyertai program ini.

YB Nurul Izzah bersama warga emas

Membantu menunjukkan tempat membeli barang

RM100 tajaan Kerajaan Negeri Selangor

Warga emas yang gembira