Thursday 12 April 2012

Mari duduk dan bantah!


KUALA LUMPUR, 12 April - Tinggal lebih kurang 15 hari lagi sebelum tibanya masa untuk kita rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk duduk dan bantah sempena Bersih 3.0!

Mengapa kita duduk? Kerana kita mahu menunjukkan kepada semua bahawa protes aman boleh dilakukan, dan keadaan 'duduk' itu tidak membawa apa-apa erti ancaman kepada keselamatan negara. Maklumlah, kita hanya datang nak duduk, bukan berlari-lari di jalan raya seperti yang dipaksa pihak berkuasa sewaktu Bersih 1 dan 2 dahulu.

Mengapa kita bantah? Kerana sudah jelas bahawa laporan PSC tentang penambahbaikan proses pilihan raya tempoh hari tidak cukup - tiada political will oleh pentadbiran Najib Razak untuk melakukan perubahan yang besar dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah dinyatakan Bersih 2.0 dahulu. Malah, semakin jelas yang pelbagai jenis tipu helah sedang dan MASIH dijalankan, walaupun PSC tersebut sedang berjalan! (Contoh yang paling ketara: pemindahan Tan Sri Khalid Ibrahim dari mengundi di PJ Selatan ke Lembah Pantai, kononnya atas alasan "re-delineation exercise"!)

Apa yang ingin dicapai? Semua pesuruhjaya SPR mesti letak jawatan. Kerana sudah jelas mereka tidak dipercayai lagi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, kesemua pesuruhjaya SPR mestilah diubah dan diganti dengan mereka yang tiada kaitan langsung dengan politik, dan boleh dipercayai orang ramai.

Masanya telah tiba. Kita harus bergegas, kerana khabarnya Parlimen akan dibubar tidak lama lagi. Jika kita tidak bangkit sekarang, mungkin PRU13 ini akan menjadi antara pilihan raya yang paling KOTOR dalam sejarah negara kita.

Ayuh kita ke Dataran Merdeka, 28hb April 2012! Kita duduk dan bantah!

Thursday 5 April 2012

Isu 34 keluarga Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi

KG KERINCHI, 3 April - Satu insiden yang cukup memalukan telah berlaku di Kg Kerinchi, sewaktu 34 keluarga pemilik unit Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi sedang membuat perbincangan dengan pihak berkuasa untuk berpindah keluar (34 keluarga pemilik ini telah diserah surat merah, yang mengarahkan mereka pindah di bawah Akta Pengambilalihan Tanah 1960).

Beberapa orang yang telah dikenalpasti sebagai anggota Umno Lembah Pantai dari Sentosa dan Kondo Rakyat (bukan penduduk Kg Kerinchi) telah menimbulkan kekacauan dan menumbuk seorang anak muda, Adam Adli. Seorang lagi, Ikhsan Bukhari, telah sempat dibawa pihak polis keluar dari kawasan tersebut.

Sila lihat klip dibawah.


Satu laporan polis telah dibuat ke atas seorang individu bernama Pesot dari Kondo Rakyat berkaitan insiden menumbuk ini. Semoga dia dan yang sama waktu dengannya akan dibawa ke muka pengadilan!

Katakan TIDAK kepada Politik Keganasan!