Friday 15 June 2012

Pemberian Kerusi Roda

PANTAI DALAM, 15 Jun - YB Nurul Izzah pada hari ini telah menyerahkan 6 buah kerusi roda untuk beberapa penduduk Lembah Pantai yang memerlukannya. Penyerahan ini dibuat di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Pantai Dalam, dan diserah kepada Tn Hj Ahmad selaku Pengarah Biro Agama serta wakil para penerima.


Semoga usaha sebegini akan dapat dipertingkat bagi membantu semua yang memerlukannya.

Saturday 9 June 2012

Diskusi Isu-isu Terkini di Lembah Pantai



Jom hadir beramai-ramai mendengar diskusi isu-isu terkini di Lembah Pantai ;

Tarikh : 10 Jun 2012 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Bilik Gerakan Keadilan Kg Pasir Baru, Pantai Dalam

Sunday 3 June 2012

Program Motivasi dan Pemantapan Sahsiah 2012





Jom Daftar Program Motivasi dan Pemantapan Sahsiah 2012 yang akan diadakan seperti berikut ;

Tarikh : 10 Jun 2012 ( Ahad )

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Tempat : Madrasah Al-Falah, Pantai Dalam

100 peserta sahaja, untuk Tingkatan 3,4 dan 5

Penyertaan adalah PERCUMA :)