Monday, 1 August 2011

Program Seminar PMR

Makluman: Kepada semua ibubapa warga Lembah Pantai yang mempunyai anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi, Kanta Lembah Pantai telah dimaklumkan akan ada satu seminar khas PMR hari Ahad ini.

Seminar Bahasa Melayu, Sains dan Matematik ini adalah percuma dan dianjurkan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama Pusat Tuisyen Bestari Ilmu.

Daftarlah segera sementara tempat masih ada!

Selamat mengerjakan ibadah puasa

Kami di Kanta Lembah Pantai mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua pembaca Kanta, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah! Semoga amalan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya!

Wednesday, 27 July 2011

Laman web diperbaharu

Kanta Lembah Pantai baru melihat laman web terbaru YB Nurul Izzah, yang telah dimuatnaik petang tadi. Diharapkan dengan reka grafik terkini maka lebih mudah Ahli Parlimen Lembah Pantai berinteraksi serta memberikan penerangan isu-isu semasa yang berkaitan dengan warga Lembah Pantai dengan lebih jelas lagi.

Laman web terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai 

Monday, 25 July 2011

Program Makan Malam

BANGSAR BARU, 23 Julai - Lebih 600 orang telah hadir memberi sokongan yang kuat kepada usaha-usaha Pakatan Rakyat menerajui reformasi politik tanahair. Majlis makan malam raih dana ini merupakan kali kedua program seperti ini telah diadakan tahun ini, dan respon yang diterima setiap kali cukuplah hebat.

Tambahan pula kali ini satu forum "Malaysia Untuk Setiap Anak Malaysia - Pakatan Rakyat ke Putrajaya" telah diadakan, yang di sertai:

  • YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
  • YB Dato Husam Musa, ADUN Salor merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan
  • YB Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung KEADILAN
  • YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN
Cukup jelas hadirin amat teruja dengan kejayaan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, dengan contoh-contoh sahih penjimatan kewangan, penambahbaikan mutu perkhidmatan, dan konsep negara berkebajikan yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.


Forum "Pakatan Rakyat ke Putrajaya"
Selain itu, para hadirin turut menyaksikan Nurul Iman iaitu adik kepada YB Nurul Izzah yang menceritakan pengalaman beliau menyertai program Bersih 2.0 pada 9hb Julai yang lalu.

Nota: Kanta Lembah Pantai berharap sokongan tegar ini akan dapat diperkukuh dalam hari-hari mendatang, menjelang PRU13!

Wednesday, 20 July 2011

Kuliah Agama di Surau Al-Hidayah

KERINCHI, 20 Julai - Harap maklum bahawa berikut adalah siri kuliah maghrib yang akan diadakan di Surau Al-Hidayah di Vista Angkasa dalam bulan Julai.

Kepada yang berminat juga ada disediakan borang sumbangan More sewaktu bulan Ramadhan yang bakal tiba.



Nota: Marilah kita ambil peluang untuk menambahkan ibadah dan meninggalkan segala yang dilarangNya.

Thursday, 14 July 2011

Program Tuisyen Bahasa Inggeris

PANTAI DALAM, 14 Julai - Bagi anak-anak warga Lembah Pantai yang ingin memperbaiki mutu Bahasa Inggeris, kini satu siri tuisyen BI akan diadakan setiap hari Ahad, jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, di Dewan Perumahan Pantai Permai.


Kanta Lembah Pantai berharap ramai lah yang akan turut serta, kerana menambah ilmu itu suatu perkara yang cukup mulia dan sangat diperlukan, demi masa depan yang lebih cerah.

Tuesday, 12 July 2011

Pemberian kerusi roda

SRI SENTOSA, 8 Julai - Walaupun semakin hari, harga barang semakin naik, namun masih ada insan-insan yang sanggup dan sedia memberikan bantuan dan sokongan dalam segala macam bentuk dan rupa.

Inilah yang menjadi inspirasi buat staf Kanta Lembah Pantai, yang sempat merakam sesi pemberian kerusi roda kepada penduduk di Sri Sentosa. Semoga dengan pemberian yang tidak seberapa ini hidup mereka sehari-hari bertambah selesa.

Gambar kenang-kenangan

Seorang pakcik yang berterima kasih

Beban kini ringan sedikit