Showing posts with label Flat PKNS 4 Tingkat. Show all posts
Showing posts with label Flat PKNS 4 Tingkat. Show all posts

Thursday, 5 April 2012

Isu 34 keluarga Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi

KG KERINCHI, 3 April - Satu insiden yang cukup memalukan telah berlaku di Kg Kerinchi, sewaktu 34 keluarga pemilik unit Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi sedang membuat perbincangan dengan pihak berkuasa untuk berpindah keluar (34 keluarga pemilik ini telah diserah surat merah, yang mengarahkan mereka pindah di bawah Akta Pengambilalihan Tanah 1960).

Beberapa orang yang telah dikenalpasti sebagai anggota Umno Lembah Pantai dari Sentosa dan Kondo Rakyat (bukan penduduk Kg Kerinchi) telah menimbulkan kekacauan dan menumbuk seorang anak muda, Adam Adli. Seorang lagi, Ikhsan Bukhari, telah sempat dibawa pihak polis keluar dari kawasan tersebut.

Sila lihat klip dibawah.


Satu laporan polis telah dibuat ke atas seorang individu bernama Pesot dari Kondo Rakyat berkaitan insiden menumbuk ini. Semoga dia dan yang sama waktu dengannya akan dibawa ke muka pengadilan!

Katakan TIDAK kepada Politik Keganasan!

Tuesday, 28 February 2012

Program Cegah Nyamuk

KG KERINCHI, 26 Feb - Disebabkan masalah nyamuk yang semakin berleluasa, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengadakan program pencegahan nyamuk. Satu unit petugas telah diarah untuk membuat semburan sekitar Flat 4 Tingkat PKNS Kg Kerinchi.

Walaupun langkah semburan ini hanya satu langkah pencegahan, namun diharapkan para penduduk sekitar Kg Kerinchi ini akan turut bersama untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang lain, seperti membuang bekas yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, membersihkan kawasan-kawasan bersemak dan sebagainya.

InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak, kesihatan para penduduk sekitar Kg Kerinchi akan bertambah baik selepas ini.