Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Mari duduk dan bantah!


KUALA LUMPUR, 12 April - Tinggal lebih kurang 15 hari lagi sebelum tibanya masa untuk kita rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk duduk dan bantah sempena Bersih 3.0!

Mengapa kita duduk? Kerana kita mahu menunjukkan kepada semua bahawa protes aman boleh dilakukan, dan keadaan 'duduk' itu tidak membawa apa-apa erti ancaman kepada keselamatan negara. Maklumlah, kita hanya datang nak duduk, bukan berlari-lari di jalan raya seperti yang dipaksa pihak berkuasa sewaktu Bersih 1 dan 2 dahulu.

Mengapa kita bantah? Kerana sudah jelas bahawa laporan PSC tentang penambahbaikan proses pilihan raya tempoh hari tidak cukup - tiada political will oleh pentadbiran Najib Razak untuk melakukan perubahan yang besar dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah dinyatakan Bersih 2.0 dahulu. Malah, semakin jelas yang pelbagai jenis tipu helah sedang dan MASIH dijalankan, walaupun PSC tersebut sedang berjalan! (Contoh yang paling ketara: pemindahan Tan Sri Khalid Ibrahim dari mengundi di PJ Selatan ke Lembah Pantai, kononnya atas alasan "re-delineation exercise"!)

Apa yang ingin dicapai? Semua pesuruhjaya SPR mesti letak jawatan. Kerana sudah jelas mereka tidak dipercayai lagi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, kesemua pesuruhjaya SPR mestilah diubah dan diganti dengan mereka yang tiada kaitan langsung dengan politik, dan boleh dipercayai orang ramai.

Masanya telah tiba. Kita harus bergegas, kerana khabarnya Parlimen akan dibubar tidak lama lagi. Jika kita tidak bangkit sekarang, mungkin PRU13 ini akan menjadi antara pilihan raya yang paling KOTOR dalam sejarah negara kita.

Ayuh kita ke Dataran Merdeka, 28hb April 2012! Kita duduk dan bantah!

Thursday, 5 January 2012

Pertemuan dengan SPR

KUALA LUMPUR, 5hb Jan - Pelbagai masalah masih wujud dengan senarai daftar pengundi induk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), serta proses pilihanraya yang bakal diubah untuk pilihanraya ke-13 yang akan datang.

YB Nurul Izzah, YB Tian Chua serta Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat mereka pagi ini telah membangkit dan membincangkan beberapa isu:

- pengundi pos/pengundi awal, yang menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana proses pengundian yang tidak jelas
- penggunaan dakwat kekal, yang tidak diguna untuk pengundi pos/pengundi awal
- Syarikat MIMOS yang tidak akan digunapakai untuk menjamin integriti daftar pengundi induk SPR, seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi SPR Wilayah, En Shafie

Setakat ini, pelbagai isu daftar pengundi yang bermasalah. Contohnya, di Lembah Pantai:
- 133 nama tiada dalam rekod online SPR
- 233 nama yang berumur 90 tahun ke atas
- 68 nama yang mengundi di lebih dari satu tempat

Nota: Tim Kanta berharap isu-isu ini akan dapat diperjelas secepat mungkin, sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilakukan

Pn Hasnah Hashim dan YB Nurul Izzah
YB Tian Chua, Dr Idris Ahmad, dan Dato Dr Tan Kee Kwong

Tuesday, 6 December 2011

'Balai Polis Kerinchi' pengundi di Lembah Pantai


Oleh S Pathmawathy
6 Disember, 2011

Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar.

"Kami ada 97 pengundi yang nama mereka tidak dijumpai di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); nampaknya  mereka boleh mengundi di dua tempat. Rekod-rekod lain yang mencurigakan juga dijumpai pada daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jun 2011," katanya.

azlanPada sidang akhbar di pusat khidmat PKR di Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.

"Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya," katanya.
Beliau berkata, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd .

"Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah.

Masalah-masalah lain termasuk rekod pengundi tidak dijumpai di laman web SPR tetapi muncul dalam daftar pemilih.

NONE"Apa yang lebih mengejutkan ialah ada pengundi yang disenaraikan di dua pusat mengundi. Sebagai contoh, Saripah Arif (RF90153), disenaraikan sebagai pengundi pos di balai polis Pantai dan juga balai polis Pekan, yang terletak di Pahang," katanya.

Pada tahun 2008 kawasan pilihan raya itu mempunyai kira-kira 56000 pengundi tetapi pada Jun tahun ini, Lembah Pantai kini mempunyai kira-kira 70,000 pengundi berdaftar.
 
"Kita tidak lagi boleh mempercayai sistem sekarang, apa yang akan berlaku jika pilihan raya diadakan secara tiba-tiba? Ini adalah daftar yang diwartakan bagi suku ketiga. Ini adalah senarai daftar yang kita terpaksa gunakan jika pilihan raya diadakan esok," katanya dengan nada kecewa.

Nurul Izzah sebelum ini berkata bahawa bilangan pengundi pos naik secara mendadak sebanyak 1,363 peratus dalam tempoh dua bulan - dari hanya 149 orang pada 26 Sept tahun ini kepada 2,180 pada 2 November lalu.

Sunday, 3 July 2011

Komik disebar di program SPR??

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Kanta Lembah Pantai dimaklumkan beberapa orang penduduk Lembah Pantai telah menerima komik-komik yang menyindir usaha gerakan Bersih 2.0, yang telah dipos kepada mereka.

Yang paling Ajaib bin Menghairankan, komik-komik tersebut telah disebar di program Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) seminggu yang lalu! Siapakah yang menjadi konduktor orkestra yang bingit ini? Siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang turut bersekongkol...???

Terlalu banyak tandatanya, baca selanjutnya di sini.