Showing posts with label Sri Pantai. Show all posts
Showing posts with label Sri Pantai. Show all posts

Thursday, 26 January 2012

Sumbangan Tahun Baru Cina

PPR SRI PANTAI, 18 Jan - YB Nurul Izzah yang cukup prihatin tentang nasib rakyat Lembah Pantai telah menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan baru-baru ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina. Seramai 40 orang penduduk dari golongan kurang berkemampuan di PPR Sri Pantai telah menerima sumbangan tersebut.

Semoga pemberian yang tidak seberapa ini akan dapat memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina kali ini.





Monday, 31 October 2011

Klinik Percuma di PPR Sri Pantai

PANTAI DALAM, 30 Oktober - Program Klinik Percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diadakan di Blok 102, PPR Sri Pantai. Lebih 30 orang telah mendaftar dan mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk mengetahui status kesihatan mereka, termasuklah tahap tekanan darah, kandungan gula, dan lain-lain.

Program yang diadakan hampir dua ke tiga kali sebulan di seluruh Lembah Pantai ini sering mendapat sambutan yang baik dari para penduduk. Semoga usaha murni para doktor dan sukarelawan demi membantu penduduk diberkati Ilahi.