Tuesday, 28 February 2012

Bila bercerita tak sampai ke hujung

Beberapa hari lalu, Raja Nong Chik berkata kononnya YB Nurul Izzah menyokong sepenuhnya rancangan skim pembiayaan khas pembelian rumah yang akan mengguna dana KWSP, dan peminjam bakal membayar balik pada kadar faedah 6.5%:


Raja Nong Chik menyebut tentang satu risalah dari YB Nurul Izzah. Apa yang dia tidak sebutkan ialah apa yang sebenarnya terkandung dalam risalah tersebut - "... yang wajib kita persoal ialah KAEDAH PEMILIKAN TERBAIK yang patut diguna."


Kenapa Raja Nong Chik enggan sebut cadangan YB Nurul Izzah tentang 'Sewa Hingga Milik' (SHM), yang tidak akan membebankan penduduk PPR/Perumahan Awam DBKL?

Berbanding skim 6.5% Raja Nong Chik, yang akan menyebabkan penduduk membayar hingga RM35,800 lebih, SHM tidak membebankan penduduk - kenapa Raja Nong Chik tidak bangkitkan isu ini?

Bila Raja Nong Chik nak sahut seruan berdebat dengan YB Nurul Izzah tentang isu ini?

Dialog Cegah Jenayah

Satu program dialog 'Cegah Jenayah' akan diadakan antara pihak Polis Di Raja Malaysia dan para penduduk sekitar Jalan Riong, termasuklah Jalan Tandok, Jalan Kurau, Jalan Bilis, Jalan Kaloi dan jalan-jalan di sekitarnya.

Program yang dianjur bersama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan penduduk setempat ini diadakan berikutan kes jenayah yang semakin membimbangkan.

Tarikh: Sabtu, 3hb Mac 2012
Waktu: 4-6 petang
Tempat: Rukun Tetangga, Jln Riong, Off Jln Bangsar (klik untuk peta)


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di 03-22409475. 

Kejadian serangan di Felda Lepar Hilir

FELDA LEPAR HILIR, 26 Feb - YB Nurul Izzah telah hampir ditumbuk oleh samseng-samseng di sebuah program Keadilan di Felda Lepar Hilir, Pahang.

Dalam kejadian lebih-kurang 10 malam ini, difahamkan YB Nurul Izzah hanya sempat berucap untuk beberapa minit, apabila samseng-samseng yang memegang bendera Umno dan Barisan Nasional telah mengacau program hinggakan ada seorang samseng yang cuba menumbuk YB Nurul Izzah. Syukurlah tumbukan itu sempat ditepis pasukan keselamatan yang ada.

Turut difahamkan situasi menjadi begitu getir hinggakan pihak polis menasihatkan YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi yang turut hadir untuk meninggalkan lokasi ceramah, kerana ditakuti situasi mungkin menjadi lebih serius.

Keesokan harinya, 27hb Feb 2012, tiga laporan polis telah dibuat - satu di Kuantan, dan dua di Kuala Lumpur - untuk menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang Kanta terima dari pihak penganjur program ceramah:




Inilah gambar samseng yang dimaksudkan:

Semoga pihak berkuasa akan menyiasat kes ini dengan adil dan membawa pihak-pihak tersebut ke muka pengadilan.

(Maklumat lanjut tentang samseng tersebut di sini dan di sini)

Nota Kanta: Malaysia, katakan TIDAK kepada Politik Kekerasan!

Friday, 24 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Lembah Pantai

PANTAI DALAM, 19 Feb - Lebih 400 orang telah menyertai program Maulidur Rasul peringkat Lembah Pantai pada hari Ahad yang lalu. Program yang bertempat di Blok P21, Taman Bukit Angkasa turut menarik minat ibu bapa yang menyertakan anak-anak mereka dalam satu pertandingan mewarna.

Akibat "tekanan" dari beberapa pihak, program ini hampir kehilangan lokasi asal, iaitu di medan selera Dataran Bukit Angkasa

Turut serta dalam program 8 pagi hingga 12 tengah hari itu ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dan YB Raveentharan, ADUN Batu Uban.

Selain itu, satu klinik kesihatan percuma telah juga diadakan di Blok 13 & 14, dan 80 orang penduduk telah menggunakan perkhidmatan percuma tersebut. Dua orang doktor telah memberikan khidmat mereka secara sukarela sepanjang 3 jam klinik tersebut dibuka.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program ini, dan tahniah kepada para penganjur!

Anak-anak yang mendaftar untuk pertandingan mewarna
Banner program
Para peserta pertandingan mewarna
YB Nurul Izzah beramah mesra dengan seorang peserta
Tn Hj Ahmad membaca doa sebelum memulakan perarakan
DS Dr Wan Azizah dan YB Nurul Izzah dalam perarakan
Klinik Kesihatan Percuma di Blok 13 & 14, Tmn Bkt Angkasa
Seramai 80 pesakit telah berjumpa doktor pada sesi kali ini
Bergambar kenang-kenangan

Tuesday, 21 February 2012

Sumbangan Komputer dan Kaki Palsu di Putra Ria

PUTRA RIA, 20 Feb - YB Nurul Izzah telah membantu untuk menyediakan sumbangan peralatan komputer serta kaki palsu bagi para penduduk di PPR Putra Ria. Program yang dihadiri lebih kurang 30 orang penduduk ini amat dihargai, dan diharapkan pihak Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan dapat memperbanyakkan program di PPR ini di masa hadapan.






Sunday, 19 February 2012

Banjir lumpur di Kg Pasir Baru

KG PASIR BARU, 16 Feb - Kejadian banjir lumpur melanda kawasan Kg Pasir Baru lebih kurang jam 6.00ptg ketika hujan lebat. Menurut Raja Alias, seorang penduduk di situ, air hujan bersama lumpur hampir melimpah masuk sebahagian kedai dan 30 kediaman. Menurut beliau lumpur itu datang dari projek tarahan bukit yang sedang dijalankan di Bukit Gasing. 


Beliau turut berkata inilah banjir lumpur terburuk yg di alami oleh penduduk di situ. Penduduk khuatir keadaan akan bertambah buruk jika sistem perparitan dan pemantauan dari pihak pemaju tidak diperbaiki dgn segera.


Nota Kanta: Diharapkan pihak bertanggungjawab akan cepat mencari sebab kenapa kejadian ini telah berlaku, dan langkah-langkah pencegahan harus diambil dengan cepat.


Banjir lumpur terburuk pernah dialami penduduk Kg Pasir Baru

Parit dipenuhi lumpur

Lumpur yang memasuki kawasan rumah

Pemaju yang dimaksudkan

YB Nurul Izzah bersama Raja Alias dan Raja Anuar, penduduk Kg Pasir Baru

Saturday, 18 February 2012

Program Maulidur Rasul Lembah Pantai

Satu program sambutan Maulidur Rasul peringkat Lembah Pantai akan diadakan pada Ahad, 19 Februari 2012 pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di Perkarangan Blok 21, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam (klik untuk peta)

Atur cara majlis:

   8.00 pagi - Berkumpul
   8.30 pagi - Perarakan Maulidur Rasul
   9.15 pagi - Pertandingan mewarna (untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun)
  11.00 pagi - Upacara pemberian hadiah

Program ini akan turut disertai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN, dan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Semua dijemput hadir!