Showing posts with label Taman Bukit Angkasa. Show all posts
Showing posts with label Taman Bukit Angkasa. Show all posts

Friday, 24 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Lembah Pantai

PANTAI DALAM, 19 Feb - Lebih 400 orang telah menyertai program Maulidur Rasul peringkat Lembah Pantai pada hari Ahad yang lalu. Program yang bertempat di Blok P21, Taman Bukit Angkasa turut menarik minat ibu bapa yang menyertakan anak-anak mereka dalam satu pertandingan mewarna.

Akibat "tekanan" dari beberapa pihak, program ini hampir kehilangan lokasi asal, iaitu di medan selera Dataran Bukit Angkasa

Turut serta dalam program 8 pagi hingga 12 tengah hari itu ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dan YB Raveentharan, ADUN Batu Uban.

Selain itu, satu klinik kesihatan percuma telah juga diadakan di Blok 13 & 14, dan 80 orang penduduk telah menggunakan perkhidmatan percuma tersebut. Dua orang doktor telah memberikan khidmat mereka secara sukarela sepanjang 3 jam klinik tersebut dibuka.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program ini, dan tahniah kepada para penganjur!

Anak-anak yang mendaftar untuk pertandingan mewarna
Banner program
Para peserta pertandingan mewarna
YB Nurul Izzah beramah mesra dengan seorang peserta
Tn Hj Ahmad membaca doa sebelum memulakan perarakan
DS Dr Wan Azizah dan YB Nurul Izzah dalam perarakan
Klinik Kesihatan Percuma di Blok 13 & 14, Tmn Bkt Angkasa
Seramai 80 pesakit telah berjumpa doktor pada sesi kali ini
Bergambar kenang-kenangan

Friday, 27 January 2012

DSAI turun ke Lembah Pantai

PANTAI DALAM, 19 Jan - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun ke Lembah Pantai untuk sesi bersama rakyat. Dalam lawatan lebih 1 jam itu, Datuk Seri Anwar telah berjalan dan sempat berbual dengan penduduk sekitar Taman Bukit Angkasa, flat PPR Pantai Permai, dan orang ramai yang berada di Bazaria Pantai.

Alhamdulillah, jelas Datuk Seri Anwar terus menjadi inspirasi rakyat, yang keluar beramai-ramai untuk berjabat tangan dan mengucap tahniah di atas pembebasan mahkamah 9hb Januari yang lalu.


Sunday, 6 November 2011

Lawatan Dr Wan Azizah

PANTAI DALAM, 6 Nov 2011 - Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, telah membuat kunjungan ke beberapa kawasan di Lembah Pantai. Ini termasuklah surau di Blok P20 Taman Bukit Angkasa, surau di flat Pantai Permai, dan Blok C PPR Kerinchi.

Alhamdulillah ramai penduduk telah dapat beramah mesra bersama Kak Wan sambil menyiapkan daging korban untuk agihan. InsyaAllah dengan program-program lawatan sebegini penduduk akan lebih mudah mendekati pucuk pimpinan Keadilan serta memahami dasar-dasar parti demi membawa perubahan positif ke persada politik tanah air.

Di Taman Bukit Angkasa
Penduduk menyediakan daging korban untuk agihan
Kak Wan bergambar dengan anak-anak kembar :)
Melawat flat Pantai Permai
Penduduk tekun bekerja
Bergambar dengan reformis di PPR Kerinchi
Menerima agihan daging korban

Wednesday, 22 June 2011

Ceramah penerangan isu Qazaf

Untuk makluman pembaca Kanta Lembah Pantai, satu ceramah khas menerangkan isu Qazaf akan diadakan:

Tarikh: Sabtu 25hb Jun
Waktu: Selepas solat Maghrib
Tempat: Surau Balai Islam Taman Bukit Angkasa.

Ustaz Naim (ABIM) akan mengupas secara terperinci persoalan Qazaf.

Nota:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzat