Showing posts with label PPR Kerinchi. Show all posts
Showing posts with label PPR Kerinchi. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Kebakaran di PPR Kerinchi Blok B


KG KERINCHI, 28 Feb - Satu kebakaran kecil telah menyebabkan kerosakan kepada rumah seorang penduduk di Blok B, PPR Kg Kerinchi. Menurut mangsa, Pn Juliana, ketika kebakaran berlaku beliau ada di rumah bersama anak dan beliau sedang menyediakan makanan. Kebakaran dipercayai berpunca dari hos gas yang sudah longgar. Syukurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat daripada kejadian di siang hari ini.

Siasatan awal mendapati pili bomba yang disediakan pihak pengurusan PPR Kg Kerinchi tiada tekanan air. Kanta difahamkan pihak berwajib akan berusaha untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Dalam pada itu, YB Nurul Izzah telah melawat Pn Juliana untuk menghulurkan sedikit bantuan dan bertanya khabar selepas berlakunya kejadian kebakaran tersebut.

Nota Kanta: Walau apa pun, langkah berjaga-jaga harus dipupuk di kalangan penduduk, agar keselamatan nyawa dan harta benda terjaga sekiranya berlaku sebarang bala bencana.


YB Nurul Izzah memberi sumbangan kepada Pn Juliana






Sunday, 6 November 2011

Lawatan Dr Wan Azizah

PANTAI DALAM, 6 Nov 2011 - Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, telah membuat kunjungan ke beberapa kawasan di Lembah Pantai. Ini termasuklah surau di Blok P20 Taman Bukit Angkasa, surau di flat Pantai Permai, dan Blok C PPR Kerinchi.

Alhamdulillah ramai penduduk telah dapat beramah mesra bersama Kak Wan sambil menyiapkan daging korban untuk agihan. InsyaAllah dengan program-program lawatan sebegini penduduk akan lebih mudah mendekati pucuk pimpinan Keadilan serta memahami dasar-dasar parti demi membawa perubahan positif ke persada politik tanah air.

Di Taman Bukit Angkasa
Penduduk menyediakan daging korban untuk agihan
Kak Wan bergambar dengan anak-anak kembar :)
Melawat flat Pantai Permai
Penduduk tekun bekerja
Bergambar dengan reformis di PPR Kerinchi
Menerima agihan daging korban

Thursday, 2 June 2011

Ramah Mesra di Pasar Malam PPR Kerinchi

PANTAI DALAM, 01 Jun - Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar beramah mesra bersama masyarakat Lembah Pantai dalam lawatan Ramah Mesra di Pasar Malam PPR Kerinchi semalam.


Keramahan YB Nurul Izzah membuatkan masyarakat gembira bersama beliau

YB Nurul Izzah juga mengedarkan risalah Kenaikan Tariff Elektrik kepada orang ramai di Pasar Malam berkenaan. Ada yang berkesempatan mengambil gambar kenangan bersama YB idola anak-anak muda terutama remaja wanita.

Disamping itu, YB Nurul Izzah turut bertanya khabar dan permasalahan yang berlaku daripada peniaga-peniaga pasar malam. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan kenaikan tariff elektrik yang terus menghempap masyarakat terbanyak. Ramai yang melahirkan keluhan kepada YB Nurul Izzah.

YB Nurul Izzah bertanya khabar peniaga di pasar malam

Sambil edar risalah sambil membeli juadah