Monday 31 October 2011

Klinik Percuma di PPR Sri Pantai

PANTAI DALAM, 30 Oktober - Program Klinik Percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diadakan di Blok 102, PPR Sri Pantai. Lebih 30 orang telah mendaftar dan mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk mengetahui status kesihatan mereka, termasuklah tahap tekanan darah, kandungan gula, dan lain-lain.

Program yang diadakan hampir dua ke tiga kali sebulan di seluruh Lembah Pantai ini sering mendapat sambutan yang baik dari para penduduk. Semoga usaha murni para doktor dan sukarelawan demi membantu penduduk diberkati Ilahi.








Tuesday 25 October 2011

Lawatan ke Brickfields

BRICKFIELDS, 24 Oktober - Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah, serta beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat telah turun padang untuk melawat para peniaga dan warga Brickfields, beberapa hari sebelum sambutan Hari Deepavali.

Kehadiran mereka dimeriahkan lagi dengan iringan permainan gendang, penari burung merak, serta mercun dan bunga api yang dimainkan. Di beberapa kedai juga para DJ turut melaungkan "Hidup Anwar!" sambil memainkan lagu-lagu yang mempunyai mesej sokongan terhadap usaha Pakatan Rakyat.

Deepavali Nal Valthukkal!

Nota: Team Kanta mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada anggota Polis Di Raja Malaysia, yang telah membantu mengawal lalulintas terutamanya bila rombongan hendak melintas jalan yang sesak. Terima kasih!

Penari Burung Merak
YB Nurul Izzah bersama rakyat
Dato' Seri Anwar Ibrahim, dikalung bunga dan kain 
Sempat bertegur sapa dengan pengunjung Brickfields 
Pemain muzik merancakkan suasana!

Saturday 15 October 2011

Program Klinik Percuma (16 Oktober)


Makluman: Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma akan diadakan pada 16 Oktober, jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di perkarangan surau Blok P20, Taman Bukit Angkasa.

Program anjuran Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama Madrasah Arshadiah ini adalah salah satu dari program klinik percuma yang selalu dilakukan di sekitar Lembah Pantai.

Thursday 6 October 2011

Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan menganjurkan forum perbincangan Belanjawan 2012 bertajuk:

Dissecting Budget 2012 - Where did our money go? 

pada hari Isnin, 10hb Oktober, jam 8 malam di 67 Jalan Tempinis Satu, Lucky Garden, Bangsar Baru.

Panelis:

  • YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden Keadilan
  • Mr Wong Chen, Timbalan Setiausaha Agung Keadilan dan Ahli Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Forum ini akan membincangkan belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan 4hb Oktober berbanding bajet Barisan Nasional yang dibentangkan 7hb Oktober.

Peta lokasi di sini.