KG KERINCHI, 26 Feb - Disebabkan masalah nyamuk yang semakin berleluasa, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengadakan program pencegahan nyamuk. Satu unit petugas telah diarah untuk membuat semburan sekitar Flat 4 Tingkat PKNS Kg Kerinchi.
Walaupun langkah semburan ini hanya satu langkah pencegahan, namun diharapkan para penduduk sekitar Kg Kerinchi ini akan turut bersama untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang lain, seperti membuang bekas yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, membersihkan kawasan-kawasan bersemak dan sebagainya.
InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak, kesihatan para penduduk sekitar Kg Kerinchi akan bertambah baik selepas ini.
Tuesday, 28 February 2012
Bila bercerita tak sampai ke hujung
Beberapa hari lalu, Raja Nong Chik berkata kononnya YB Nurul Izzah menyokong sepenuhnya rancangan skim pembiayaan khas pembelian rumah yang akan mengguna dana KWSP, dan peminjam bakal membayar balik pada kadar faedah 6.5%:
Raja Nong Chik menyebut tentang satu risalah dari YB Nurul Izzah. Apa yang dia tidak sebutkan ialah apa yang sebenarnya terkandung dalam risalah tersebut - "... yang wajib kita persoal ialah KAEDAH PEMILIKAN TERBAIK yang patut diguna."
Kenapa Raja Nong Chik enggan sebut cadangan YB Nurul Izzah tentang 'Sewa Hingga Milik' (SHM), yang tidak akan membebankan penduduk PPR/Perumahan Awam DBKL?
Berbanding skim 6.5% Raja Nong Chik, yang akan menyebabkan penduduk membayar hingga RM35,800 lebih, SHM tidak membebankan penduduk - kenapa Raja Nong Chik tidak bangkitkan isu ini?
Bila Raja Nong Chik nak sahut seruan berdebat dengan YB Nurul Izzah tentang isu ini?
Dialog Cegah Jenayah
Satu program dialog 'Cegah Jenayah' akan diadakan antara pihak Polis Di Raja Malaysia dan para penduduk sekitar Jalan Riong, termasuklah Jalan Tandok, Jalan Kurau, Jalan Bilis, Jalan Kaloi dan jalan-jalan di sekitarnya.
Program yang dianjur bersama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan penduduk setempat ini diadakan berikutan kes jenayah yang semakin membimbangkan.
Tarikh: Sabtu, 3hb Mac 2012
Waktu: 4-6 petang
Tempat: Rukun Tetangga, Jln Riong, Off Jln Bangsar (klik untuk peta)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di 03-22409475.

Kejadian serangan di Felda Lepar Hilir
FELDA LEPAR HILIR, 26 Feb - YB Nurul Izzah telah hampir ditumbuk oleh samseng-samseng di sebuah program Keadilan di Felda Lepar Hilir, Pahang.
Dalam kejadian lebih-kurang 10 malam ini, difahamkan YB Nurul Izzah hanya sempat berucap untuk beberapa minit, apabila samseng-samseng yang memegang bendera Umno dan Barisan Nasional telah mengacau program hinggakan ada seorang samseng yang cuba menumbuk YB Nurul Izzah. Syukurlah tumbukan itu sempat ditepis pasukan keselamatan yang ada.
Turut difahamkan situasi menjadi begitu getir hinggakan pihak polis menasihatkan YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi yang turut hadir untuk meninggalkan lokasi ceramah, kerana ditakuti situasi mungkin menjadi lebih serius.
Keesokan harinya, 27hb Feb 2012, tiga laporan polis telah dibuat - satu di Kuantan, dan dua di Kuala Lumpur - untuk menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Berikut adalah gambar-gambar yang Kanta terima dari pihak penganjur program ceramah:

Inilah gambar samseng yang dimaksudkan:
Semoga pihak berkuasa akan menyiasat kes ini dengan adil dan membawa pihak-pihak tersebut ke muka pengadilan.
Nota Kanta: Malaysia, katakan TIDAK kepada Politik Kekerasan!
Labels:
Felda Lepar Hilir,
Keadilan,
Nurul Izzah,
PKR,
Umno
Friday, 24 February 2012
Sambutan Maulidur Rasul Lembah Pantai
PANTAI DALAM, 19 Feb - Lebih 400 orang telah menyertai program Maulidur Rasul peringkat Lembah Pantai pada hari Ahad yang lalu. Program yang bertempat di Blok P21, Taman Bukit Angkasa turut menarik minat ibu bapa yang menyertakan anak-anak mereka dalam satu pertandingan mewarna.
Akibat "tekanan" dari beberapa pihak, program ini hampir kehilangan lokasi asal, iaitu di medan selera Dataran Bukit Angkasa
Turut serta dalam program 8 pagi hingga 12 tengah hari itu ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dan YB Raveentharan, ADUN Batu Uban.
Selain itu, satu klinik kesihatan percuma telah juga diadakan di Blok 13 & 14, dan 80 orang penduduk telah menggunakan perkhidmatan percuma tersebut. Dua orang doktor telah memberikan khidmat mereka secara sukarela sepanjang 3 jam klinik tersebut dibuka.
Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program ini, dan tahniah kepada para penganjur!

Anak-anak yang mendaftar untuk pertandingan mewarna |
Banner program |
Para peserta pertandingan mewarna |
YB Nurul Izzah beramah mesra dengan seorang peserta |
Tn Hj Ahmad membaca doa sebelum memulakan perarakan |
DS Dr Wan Azizah dan YB Nurul Izzah dalam perarakan |
Klinik Kesihatan Percuma di Blok 13 & 14, Tmn Bkt Angkasa |
Seramai 80 pesakit telah berjumpa doktor pada sesi kali ini |
Bergambar kenang-kenangan |
Tuesday, 21 February 2012
Sumbangan Komputer dan Kaki Palsu di Putra Ria
PUTRA RIA, 20 Feb - YB Nurul Izzah telah membantu untuk menyediakan sumbangan peralatan komputer serta kaki palsu bagi para penduduk di PPR Putra Ria. Program yang dihadiri lebih kurang 30 orang penduduk ini amat dihargai, dan diharapkan pihak Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan dapat memperbanyakkan program di PPR ini di masa hadapan.
Sunday, 19 February 2012
Banjir lumpur di Kg Pasir Baru
KG PASIR BARU, 16 Feb - Kejadian banjir lumpur melanda kawasan Kg Pasir Baru lebih kurang jam 6.00ptg ketika hujan lebat. Menurut Raja Alias, seorang penduduk di situ, air hujan bersama lumpur hampir melimpah masuk sebahagian kedai dan 30 kediaman. Menurut beliau lumpur itu datang dari projek tarahan bukit yang sedang dijalankan di Bukit Gasing.
Beliau turut berkata inilah banjir lumpur terburuk yg di alami oleh penduduk di situ. Penduduk khuatir keadaan akan bertambah buruk jika sistem perparitan dan pemantauan dari pihak pemaju tidak diperbaiki dgn segera.
Nota Kanta: Diharapkan pihak bertanggungjawab akan cepat mencari sebab kenapa kejadian ini telah berlaku, dan langkah-langkah pencegahan harus diambil dengan cepat.

Banjir lumpur terburuk pernah dialami penduduk Kg Pasir Baru |
Parit dipenuhi lumpur |
Lumpur yang memasuki kawasan rumah |
Pemaju yang dimaksudkan |
YB Nurul Izzah bersama Raja Alias dan Raja Anuar, penduduk Kg Pasir Baru |
Saturday, 18 February 2012
Program Maulidur Rasul Lembah Pantai
Satu program sambutan Maulidur Rasul peringkat Lembah Pantai akan diadakan pada Ahad, 19 Februari 2012 pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di Perkarangan Blok 21, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam (klik untuk peta)
Atur cara majlis:
8.00 pagi - Berkumpul
8.30 pagi - Perarakan Maulidur Rasul
9.15 pagi - Pertandingan mewarna (untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun)
11.00 pagi - Upacara pemberian hadiah
Program ini akan turut disertai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN, dan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semua dijemput hadir!

Wednesday, 15 February 2012
Sekolah Brickfields harus dipertahankan
La Salleans want Brickfields school building preserved
By OLIVIA PETER
KUALA LUMPUR
streets@nstp.com.my | 0 comments
KUALA LUMPUR
streets@nstp.com.my | 0 comments
THE future of SMK La Salle Brickfields is uncertain as its land lease expires in 2017.
At a recent press conference held in front of the school, Lembah Pantai member of parliament Nurul Izzah Anwar urged Malaysians to ensure the preservation of historical buildings.
"I will consult City Hall regarding an extension on the lease and also table the matter at the next parliamentary sitting," she said.
Nurul Izzah said something has to be done or else the school will be demolished or end up like SJK(C) La Salle, which was relocated to Sri Petaling.
That school had faced a similar fate due to its expired lease.
She also cited the Bukit Bintang Girls' School in Jalan Bukit Bintang which had to make way for the development of Pavilion Kuala Lumpur.
"Citing small numbers of students and staff should not be the excuse to demolish the school," said Nurul Izzah.
"It is important to strike a balance between developing the country and preserving heritage buildings."
Meanwhile, Nurul Izzah also urged the main developer, Malaysia Resources Corporation Bhd, to look into the micro needs of the Brickfields community.
One former student from La Salle Brickfields, who only wanted to be known as Peter, said the school, which was built in 1954, had provided education to boys from Old Klang Road (now Jalan Klang Lama) and Travers Road (now Jalan Travers)

Monday, 13 February 2012
Status pajakan Sekolah La Salle Brickfields
Nurul Izzah gesa kerajaan respons status pajakan sekolah
HIDAYAH HAIROM
13 Februari 2012
13 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Bimbang keadaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) (T) di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan, kerajaan digesa memberi penjelasan berhubung status pajakan sekolah itu yang akan tamat pada 2017.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya menerima aduan daripada bekas pelajar sekolah yang menyatakan kebimbangan mereka sekiranya sekolah itu menerima nasib sama, seperti berlaku kepada sebuah SJK Cina berhampiran yang diberi kata putus untuk dipindahkan.
Menurutnya, walaupun dalam Draf Pelan Kuala Lumpur 2020, sekolah itu masih tersenarai, kebimbangan apabila geran pajakan tamat berakhir pada 2017, tetap ada kerana tiada sebarang jaminan diberikan setakat ini.
“Sekolah ini penting untuk dikekalkan memandangkan pembangunan sedang giat dijalankan, ia akan menyumbang kepada kemasukan murid baru.
“Saya gesa kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memberi makluman dan kepastian kerana sekarang ini kita tertunggu-tunggu, kita tidak mahu kelak, tanpa ada sebarang penjelasan, ia dirampas seperti keputusan memindahkan sebuah SJKC berhampiran,” katanya pada sidang media di Brickfields, semalam.
Beliau berkata, dalam hal seumpama itu, kerajaan perlu lebih sensitif untuk mengekalkan bangunan yang mempunyai nilai sejarah kerana mampu menjadi keunikan di sesuatu kawasan itu sendiri.
Katanya, melihat contoh Sekolah Perempuan Bukit Bintang yang kini sudah menjadi sebuah pusat membeli belah, termasuk Lapangan Terbang Subang yang dirobohkan, ia ibarat tiada usaha dalam memelihara bangunan lama yang bersejarah.
“Sekolah ini wujud sebelum merdeka lagi iaitu sejak 1954, saya percaya pemegang geran pajakan akan berusaha memastikan kerajaan dapat menyambung tempoh pajakan sekolah ini dan saya sendiri akan membantu mereka membawa perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dibincangkan di peringkat Parlimen,” katanya.
Sementara itu, salah seorang bekas murid sekolah berkenaan, Peter Sinniah, 58, berkata, kawasan tapak sekolah itu dahulunya adalah lokasi pembuangan sampah dan setelah urusan pajakan dibuat pada 1924, pemegang geran mula membina sekolah.
Menurutnya, pada 1974, pentadbiran sekolah sudah diberi semula kepada kerajaan dan sejak tahun itu, banyak urusan kebajikan sekolah ditanggung melalui ihsan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Bekas Pelajar sendiri.
“Sekolah ini sudah banyak melahirkan tokoh, jika ia dipulihara, saya percaya mampu menarik lebih ramai murid mendaftar di sekolah ini, apatah lagi ramai menyuarakan keinginan mahu lihat bangunan ini terus dikekalkan,” katanya.

Friday, 3 February 2012
Pertemuan dengan Persatuan Teksi
BRICKFIELDS, 3 Feb - YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Tan Kok Wai, dan YB Fong Kui Lun telah mengadakan satu pertemuan dengan wakil-wakil persatuan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB).
Pertemuan satu jam ini telah diadakan untuk mengenal pasti dan mendalami kegusaran dan kegelisahan yang dialami para pemandu teksi di Lembah Klang, dan menggariskan permintaan dan cadangan yang diinginkan.
Semoga dengan perjumpaan ini boleh dicari jalan penyelesaian yang boleh dibawa kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, termasuklah SPAD.

BBPTB,
Fong Kui Lun,
Nurul Izzah,
SPAD,
Tan Kok Wai,
teksi,
Tian Chua
Thursday, 2 February 2012
Sambutan Tahun Baru Cina
SRI SENTOSA, 1 Feb - Hampir seribu orang telah hadir ke program sambutan Tahun Baru Cina Lembah Pantai, anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Program ini turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua dan YB Hee Loy Sian.
Selain mendengar ucapan dan menjamu selera, para hadirin turut dihidangkan tarian singa, dan satu kaunter pendaftaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah dibuka.
Semoga program-program sebegini akan merapatkan tali persaudaraan dan persahabatan di antara penduduk Sri Sentosa, dan merapatkan lagi mereka dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sambutan Tahun Baru Cina di Sri Sentosa |
YB Nurul Izzah berucap |
Antara hadirin yang menunggu program dimulakan |
Hadirin yang berada di luar kawasan khemah |
Tarian Singa mengalu-alukan ketibaan orang ramai |
DS Anwar Ibrahim tiba di program |
YB Tian Chua berucap |
Subscribe to:
Posts (Atom)