BRICKFIELDS, 2 Mac - Anak-anak yang keluar dari sekolah mungkin dalam bahaya akibat lalulintas di Jalan Sultan Abdul Samad yang bertambah dengan mendadak, akibat pertukaran sistem trafik di sekitar Brickfields yang asyik berubah-ubah.
YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, telah turun untuk meneliti keadaan pada hari ini demi memahami keadaan sebenar sekitar Jalan Sultan Abdul Samad, di mana terdapat enam buah sekolah (SK (P) Methodist 1 & 2, SK Brickfields 1 & 2, SRJK La Salle, SMK La Salle, dan SRK Convent St Teresa).
Dari apa yang Tim Kanta lihat, jelas anak-anak yang keluar sekolah terus ke jalan besar akan berhadapan dengan situasi trafik yang membahayakan diri mereka.
YB Nurul Izzah sekali lagi menggesa pihak bertanggungjawab, iaitu DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk melantik seorang jururunding trafik profesional untuk memberikan pendapat yang munasabah tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah trafik sekitar Brickfields yang belum diselesaikan hingga hari ini.
|
Keadaan bahaya bagi anak-anak yang keluar sekolah |
|
YB Nurul Izzah mendengar keluhan seorang bapa |
|
Ibu yang risau dengan trafik yang semakin teruk sekitar Brickfields |