Thursday, 5 April 2012

Isu 34 keluarga Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi

KG KERINCHI, 3 April - Satu insiden yang cukup memalukan telah berlaku di Kg Kerinchi, sewaktu 34 keluarga pemilik unit Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi sedang membuat perbincangan dengan pihak berkuasa untuk berpindah keluar (34 keluarga pemilik ini telah diserah surat merah, yang mengarahkan mereka pindah di bawah Akta Pengambilalihan Tanah 1960).

Beberapa orang yang telah dikenalpasti sebagai anggota Umno Lembah Pantai dari Sentosa dan Kondo Rakyat (bukan penduduk Kg Kerinchi) telah menimbulkan kekacauan dan menumbuk seorang anak muda, Adam Adli. Seorang lagi, Ikhsan Bukhari, telah sempat dibawa pihak polis keluar dari kawasan tersebut.

Sila lihat klip dibawah.


Satu laporan polis telah dibuat ke atas seorang individu bernama Pesot dari Kondo Rakyat berkaitan insiden menumbuk ini. Semoga dia dan yang sama waktu dengannya akan dibawa ke muka pengadilan!

Katakan TIDAK kepada Politik Keganasan!

1 comment:

  1. sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian dok la dlm penjara.. gangster sgt la tu smp nak pukul anak org.. cube kalau anak die sendiri yang kene.. best x?

    ReplyDelete