24 Mei 2012- Ceramah KEADILAN Lembah Pantai di perkarangan flat Perumahan Pantai Permai yang pada mulanya berada dalam kemeriahan Demokrasi menjadi kecoh
apabila 'beberapa individu' membaling batu, telur dan botol air ke arah
hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin KEADILAN.
Kehadiran warga Lembah Pantai dan masyarakat sekitar bagi mendengar ucapan pemimpin-pemimpin terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diganggu dengan suasana yang amat mendukacitakan ditambah pula dengan provokasi murahan pihak tertentu.
Ceramah pada malam itu yang dimulai oleh YB Tian Chua, kemudian Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat. Sejurus sahaja YB Nurul Izzah memulakan ceramah beliau, PA System tiba-tiba tidak berfungsi. Kedengaran teriakan "wayar dipotong"..."wayar dipotong". Ternyata, wayar telah disabotaj lagi.
Keadaan mula menjadi kelam kabut apabila telur dibaling kearah orang ramai yang hadir di ceramah tersebut. Bukan sahaja telur, bahkan batu juga dibaling menyebabkan seorang pakcik cedera setelah batu yang dilempar terkena kepala beliau.
Kejadian ini berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan di hadapan ribuan warga Lembah Pantai. Politik Samseng dan Ganas sekali lagi dinampakkan di hadapan yang hadir. Tidak cukup dengan itu, ceramah Ketua Pembangkang diganggu berulang kali dengan teriakan dan pekikan suara sumbang ditambah lagi gangguan laser dari flat yang berdekatan.
Rupanya, bukan hanya pakcik ini sahaja yang menjadi mangsa pada malam itu, tetapi hadirin yang hadir dikejutkan dengan kecederaan seorang anak kecil berumur 12 tahun yang cedera di tangan apabila terkena batu yang dibaling.
No comments:
Post a Comment