BRICKFIELDS, 17 Julai - Alhamdulillah, satu kemenangan besar buat Polis Di-Raja Malaysia dan penduduk Brickfields telah dicatat dengan penarikbalikan cadangan untuk membangun semula IPD Brickfields sebagai kondominium.
Kanta Lembah Pantai difahamkan bahawa IPD Brickfields telah dipindahkan untuk membolehkan Primamuda Holdings, di mana salah seorang pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Bukit Bintang dan Senator Dewan Negara - Mariany Md Yit - membangunkan semula Lot 18 (tapak IPD Brickfields lama) - baca sini untuk maklumat latar belakang.
Semoga pihak PDRM akan dapat menikmati IPD Brickfields yang baru, langsung Brickfields akan menyaksikan pengurangan kadar jenayah yang diingini penduduk Brickfields.
Tahniah kepada semua yang berusaha untuk memastikan rakyat benar-benar didahulukan!
Tuesday, 17 July 2012
Tuesday, 10 July 2012
Kempen Keselamatan Jalan Raya
PANTAI DALAM, 18 Jun - Satu kempen kesedaran keselamatan jalan raya telah diadakan di hadapan Petronas NPE, anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kempen ini, yang menyaksikan pemberian 100 topi keledar motosikal serta risalah keselamatan jalanraya kepada penunggang-penunggang motosikal di Pantai Dalam, telah menarik minat begitu ramai orang hingga topi keledar yang disediakan telah habis diedar dalam masa tidak sampai 10 minit!
Semoga program-program sebegini akan diteruskan, demi keselamatan penduduk Lembah Pantai.
Semoga program-program sebegini akan diteruskan, demi keselamatan penduduk Lembah Pantai.
"Cik, pakai topi keledar mesti klip betul-betul!" |
Keselamatan Tanggungjawab Bersama! |
Penunggang motosikal menanti giliran mendapatkan topi keledar |
Subscribe to:
Posts (Atom)