BRICKFIELDS, 17 Julai - Alhamdulillah, satu kemenangan besar buat Polis Di-Raja Malaysia dan penduduk Brickfields telah dicatat dengan penarikbalikan cadangan untuk membangun semula IPD Brickfields sebagai kondominium.
Kanta Lembah Pantai difahamkan bahawa IPD Brickfields telah dipindahkan untuk membolehkan Primamuda Holdings, di mana salah seorang pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Bukit Bintang dan Senator Dewan Negara - Mariany Md Yit - membangunkan semula Lot 18 (tapak IPD Brickfields lama) - baca sini untuk maklumat latar belakang.
Semoga pihak PDRM akan dapat menikmati IPD Brickfields yang baru, langsung Brickfields akan menyaksikan pengurangan kadar jenayah yang diingini penduduk Brickfields.
Tahniah kepada semua yang berusaha untuk memastikan rakyat benar-benar didahulukan!
No comments:
Post a Comment