Alhamdulillah, walaupun beberapa kejadian pemotongan kain rentang yang mempromosikan program ini telah berlaku beberapa hari sebelum hari tersebut, namun kehadiran tetap mengkagumkan.
Selain menjamu selera dengan pelbagai juadah yang tersedia, warga Lembah Pantai yang layak telah menerima bantuan dalam bentuk wang zakat yang telah disampaikan oleh YB Nurul Izzah.
Pada masa yang sama, hadirin juga telah sempat bermesra dan bergambar dengan beberapa tokoh politik tanah air yang tidak asing lagi, termasuklah Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN KEADILAN yang lain.
InsyaAllah dengan semangat yang kental dan kehadiran yang cukup menggegarkan ini, pasukan Ahli Parlimen Lembah Pantai akan bergerak dengan lebih mantap untuk memberi khidmat yang terbaik buat semua warga Lembah Pantai.
mana satu yang betul ni? kat FB tulis 5000, kat entry bawah tulis 10,000 yang ni lak kata 3000? admin tolong jangan bagi berita pusing2 laa..
ReplyDelete