"Saya telah terima banyak aduan dari penduduk Taman Sri Sentosa yang cukup risau dengan peningkatan kadar jenayah. Oleh itu, hari ini saya ingin meminta pihak polis meningkatkan rondaan mereka di kawasan ini," jelas beliau di luar Balai Polis Sri Sentosa.
YB Nurul Izzah berkata persoalannya bukanlah jumlah anggota PDRM, tetapi peratusan anggota polis yang ditugaskan.
"Hampir 41 peratus dari 106,000 anggota PDRM ditugaskan ke bahagian pentadbiran/tugasan pejabat, manakala hanya lebih kurang 9,000 anggota polis ditugas ke jabatan siasatan jenayah.
"Maka yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke aras siasatan jenaya, lalu memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dengan kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat."
Bersama Sarjan Balai Polis Sri Sentosa |
Surat YB Nurul Izzah diterima pihak polis |
"Kita perlu pertingkat jumlah anggota yang ditugas untuk siasatan jenayah." |
No comments:
Post a Comment