Berikut adalah nukilan salah seorang penduduk sekitar Pantai Dalam, yang menganggap satu ketidakadilan telah dilakukan oleh Raja Nong Chik ke atas peniaga-peniaga yang mempunyai gerai sepanjang Jalan Bukit Antarabangsa.
Tim Kanta juga agak terkejut, kerana difahamkan para peniaga tersebut dipelawa untuk bermesyuarat semalam dengan pihak berkuasa. Malangnya pagi ini perobohan masih dilakukan.
Tim Kanta juga difahamkan para peniaga yang telah kehilangan premis perniagaan tanpa mendapat lot-lot perniagaan baru akan mengadakan sidang media petang ini sebagai protes menandakan ketidakpuasan hati mereka dengan cara DBKL mengendalikan masalah ini, serta campur tangan Raja Nong Chik dalam senarai penerima lot di Bazaria Pantai.
Kepada Raja Nong Chik & DBKL - Awas, rakyat bakal menyuarakan rasa tidak puas hati mereka!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
FRIDAY MORNING, DECEMBER 30, 2011
DBKL Demolishes Lembah Pantai - Kampung Kerinchi Road-side Shops and Trader Stalls.
On my way home, I took these pics of DBKL enforcement personnel demolishing many shops and stalls along the roadside of Jalan Bukit Angkasa, Bukit Kerinchi. I go to many of the stalls there for conveniences so I stopped to go visit some of them to get the low-down on the demolishing.
The stalls along Jalan Bukit Angkasa are all being relocated to the new Pantai Bazaria Hawker's Centre, not too far away. And the stalls being demolished are stalls that are vacant and the traders been given and already relocated to stall units at Pantai Bazaria.
THE PROBLEM STILL IS:
1. Many of the traders along Jalan Bukit Angkasa HAVE NOT gotten confirmation on their stall unit at Pantai Bazaria. I was told many of them had to go to DBKL several times to check and complain, and as of this morning, are still totally in the dark on their new stall units.
2. The traders said to me that they were PROMISED FIRST PRIORITY for new stall units at the new Pantai Bazaria BY FT MINISTER, RAJA NONG CHIK, HOWEVER, MANY OF THEM HAVE NOT RECEIVED CONFIRMATION OF THEIR NEW STALL UNITS. SOME OF THEM HAVE EVEN HAD THEIR LISTINGS DISAPPEAR from the DBKL allocations list.
3. What is worse is the traders complained to me that even though they were promised priority, they have not gotten any reply from DBKL on their new stalls BUT TRADERS FROM AS FAR AS SG. BESI HAVE ALREADY MOVED IN to the new stalls units at Pantai Bazaria and started business, COMPETING AND GAINING BUSINESS AT THE LOSS OF THE EXISTING TRADERS along Jalan Bukit Angkasa.
4. These traders, especially the conveniences and news stand traders are LOSING BUSINESS BY THE DAY, because a) They have stopped stocking up on new goods (like my fav Surya) and b) The demolishing and state of the demolished stalls has left the whole street to become quite unvisitable.
Friday, 30 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
Ceramah Perdana Lembah Pantai
Untuk makluman semua pembaca Kanta Lembah Pantai, Keadilan Lembah Pantai akan menganjurkan satu ceramah perdana pada 6hb Januari 2012, jam 8mlm, bertajuk "Rakyat Hakim Negara".
Senarai penceramah & lokasi ceramah akan dimaklumkan kemudian.
- Tim Kanta
Saturday, 10 December 2011
Protes Bendera Hitam di Brickfields
BRICKFIELDS, 9 Disember - Para peniaga di Brickfields telah melakukan "mini-hartal" dengan menutup kedai mereka selama satu jam mulai 11 pagi, sebagai tanda protes terhadap beberapa isu yang masih belum diselesaikan:
- Isu trafik yang semakin teruk - dari dua hala, kemudian satu hala, dan terkini dua hala semula, isu trafik yang tidak diselesaikan secara sistematik malah nampaknya cacamerba amat dikesali. Yang paling menyedihkan, Kanta difahamkan sebanyak 5 kemalangan telahpun berlaku dalam jangkamasa 48 jam pertama pertukaran yang terakhir ini!
- Isu tempat letak kereta yang tidak selesai - janji pihak berkuasa hanya tinggal janji...
- Kehilangan Balai Polis Brickfields
Protes aman yang dianjur Brickfields Business Council (BBC) ini telah menyaksikan lebih 150 orang menurunkan tandatangan mereka sebagai tanda sokongan terhadap usaha para peniaga Brickfields menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Mereka turut diberi bendera hitam untuk dikibarkan.
Mereka yang hadir turut meminta kedua-dua YB Senator Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan, dan YB Datuk M Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, meletakkan jawatan mereka di atas masalah-masalah yang hingga kini tiada titik penyelesaiannya.
Nota Kanta: Siapa kata rakyat Malaysia tidak boleh berhimpun secara aman? Rakyat Malaysia tak perlu dan tak mahukan RUU Perhimpunan Aman 2011!
Wakil BBC bercakap dengan media |
Antara penyokong protes "Bendera Hitam" hari ini |
YB Fong Kui Lun (Bukit Bintang) & YB Sivarasa (Subang) turut bersama |
Protes bermula dengan aman dan berakhir dengan aman |
Tuesday, 6 December 2011
'Balai Polis Kerinchi' pengundi di Lembah Pantai
Oleh S Pathmawathy
6 Disember, 2011
Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar.
"Kami ada 97 pengundi yang nama mereka tidak dijumpai di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); nampaknya mereka boleh mengundi di dua tempat. Rekod-rekod lain yang mencurigakan juga dijumpai pada daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jun 2011," katanya.
Pada sidang akhbar di pusat khidmat PKR di Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.
"Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd .
"Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah.
Masalah-masalah lain termasuk rekod pengundi tidak dijumpai di laman web SPR tetapi muncul dalam daftar pemilih.
"Apa yang lebih mengejutkan ialah ada pengundi yang disenaraikan di dua pusat mengundi. Sebagai contoh, Saripah Arif (RF90153), disenaraikan sebagai pengundi pos di balai polis Pantai dan juga balai polis Pekan, yang terletak di Pahang," katanya.
Pada tahun 2008 kawasan pilihan raya itu mempunyai kira-kira 56000 pengundi tetapi pada Jun tahun ini, Lembah Pantai kini mempunyai kira-kira 70,000 pengundi berdaftar.
"Kita tidak lagi boleh mempercayai sistem sekarang, apa yang akan berlaku jika pilihan raya diadakan secara tiba-tiba? Ini adalah daftar yang diwartakan bagi suku ketiga. Ini adalah senarai daftar yang kita terpaksa gunakan jika pilihan raya diadakan esok," katanya dengan nada kecewa.
Nurul Izzah sebelum ini berkata bahawa bilangan pengundi pos naik secara mendadak sebanyak 1,363 peratus dalam tempoh dua bulan - dari hanya 149 orang pada 26 Sept tahun ini kepada 2,180 pada 2 November lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)