Saturday, 10 December 2011

Protes Bendera Hitam di Brickfields

BRICKFIELDS, 9 Disember - Para peniaga di Brickfields telah melakukan "mini-hartal" dengan menutup kedai mereka selama satu jam mulai 11 pagi, sebagai tanda protes terhadap beberapa isu yang masih belum diselesaikan:

  1. Isu trafik yang semakin teruk - dari dua hala, kemudian satu hala, dan terkini dua hala semula, isu trafik yang tidak diselesaikan secara sistematik malah nampaknya cacamerba amat dikesali. Yang paling menyedihkan, Kanta difahamkan sebanyak 5 kemalangan telahpun berlaku dalam jangkamasa 48 jam pertama pertukaran yang terakhir ini!
  2. Isu tempat letak kereta yang tidak selesai - janji pihak berkuasa hanya tinggal janji...
  3. Kehilangan Balai Polis Brickfields
Protes aman yang dianjur Brickfields Business Council (BBC) ini telah menyaksikan lebih 150 orang menurunkan tandatangan mereka sebagai tanda sokongan terhadap usaha para peniaga Brickfields menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Mereka turut diberi bendera hitam untuk dikibarkan.

Mereka yang hadir turut meminta kedua-dua YB Senator Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan, dan YB Datuk M Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, meletakkan jawatan mereka di atas masalah-masalah yang hingga kini tiada titik penyelesaiannya.

Nota Kanta: Siapa kata rakyat Malaysia tidak boleh berhimpun secara aman? Rakyat Malaysia tak perlu dan tak mahukan RUU Perhimpunan Aman 2011!

Wakil BBC bercakap dengan media

Antara penyokong protes "Bendera Hitam" hari ini

YB Fong Kui Lun (Bukit Bintang) & YB Sivarasa (Subang) turut bersama

Protes bermula dengan aman dan berakhir dengan aman

No comments:

Post a Comment