Friday, 27 January 2012
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
Satu rumah terbuka bagi menyambut Tahun Baru Cina akan diadakan pada 1hb Februari 2012 di perkarangan Pejabat KEADILAN Lembah Pantai di Taman Sri Sentosa pada jam 3.30pm-6.30pm.
Program anjuran KEADILAN Lembah Pantai ini dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semua dijemput hadir!
DSAI turun ke Lembah Pantai
PANTAI DALAM, 19 Jan - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun ke Lembah Pantai untuk sesi bersama rakyat. Dalam lawatan lebih 1 jam itu, Datuk Seri Anwar telah berjalan dan sempat berbual dengan penduduk sekitar Taman Bukit Angkasa, flat PPR Pantai Permai, dan orang ramai yang berada di Bazaria Pantai.
Alhamdulillah, jelas Datuk Seri Anwar terus menjadi inspirasi rakyat, yang keluar beramai-ramai untuk berjabat tangan dan mengucap tahniah di atas pembebasan mahkamah 9hb Januari yang lalu.

Thursday, 26 January 2012
Ribut di Lembah Pantai
PPR CEMPAKA, 25 Jan - Kejadian ribut yang tidak disangka-sangka berlaku telah menimpa penduduk PPR Cempaka hari ini sekitar jam 6 petang. Dari tinjauan pegawai Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, didapati lebih enam buah kenderaan dan beberapa motosikal telah mengalami kerosakan teruk akibat zink bumbung yang berterbangan.
Tiga buah kereta bomba dan pasukan penyelamat telah dengan pantasnya hadir ke tempat kejadian, dan alhamdulillah tiada kemalangan nyawa telah berlaku.
Jutaan terima kasih kepada pihak bomba dan juga DBKL yang telah membantu untuk mengalih bumbung-bumbung yang telah jatuh serta membuatkan kawasan PPR ini lebih selamat untuk semua penduduk.
Nota Kanta: Untuk menghindari kejadian seperti ini dari berlaku lagi, semua bumbung bangunan PPR harus diperiksa dengan rapi dan sempurna, kerana kejadian hujan ribut yang luar biasa kekuatannya semakin hari semakin kerap kita alami.

Sumbangan Tahun Baru Cina
PPR SRI PANTAI, 18 Jan - YB Nurul Izzah yang cukup prihatin tentang nasib rakyat Lembah Pantai telah menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan baru-baru ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina. Seramai 40 orang penduduk dari golongan kurang berkemampuan di PPR Sri Pantai telah menerima sumbangan tersebut.
Semoga pemberian yang tidak seberapa ini akan dapat memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina kali ini.

Wednesday, 18 January 2012
Sinar Online - Nong Chik kritik tak kena tempat
PKR: Nong Chik kritik Izzah tak kena tempat
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 17, 2012
January 17, 2012
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sambil menegaskan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu yang sepatutnya "lebih risau" kerana ramai mengatakan beliau tidak menunaikan tanggungjawabnya di Wilayah Persekutuan sejak dilantik sebagi anggota Kabinet.
"Saya berasa Datuk Raja Nong Chik bercakap tak kena pada tempatnya.
"Sebenarnya beliaulah yang patut lebih risau kerana ramai yang mengatakan beliau tidak menunaikan tanggungjawab kepada seluruh Wilayah Persekutuan, yang merangkumi 11 kawasan Parlimen serta (kerusi) Putrajaya dan Labuan," kata Naib Ketua PKR Lembah Pantai, Amin Mian dalam satu kenyataan.
Mengulas laporan Sinar Harian Online kelmarin memetik Raja Nong Chik mendakwa Nurul Izzah Anwar tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Amin berkata, pada bulan Ramadan lalu, sebagai contoh, beliau (Raja Nong Chik) menumpukan hampir 85 peratus programnya di satu kawasan sahaja dan jelas mengabaikan 12 bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang lain.
"Dari segi penggunaan dana, saya difahamkan bahawa Raja Nong Chik menggunakan dana (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) DBKL untuk kepentingan politik beliau.
"Tidak lama lagi, insya-Allah pihak kami akan membongkar isu ini dengan lebih mendalam," katanya lagi.
Kelmarin, Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai berkata,
Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai berdasarkan prestasi Nurul Izzah, yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.
Raja Nong Chik berkata, PKR hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.
“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau.
Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR dan Ketua cabang Lembah Pantai, menang di bahagian itu dengan menewaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pada pilihan raya umum 2008.
Lembah Pantai salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).
Dalam kenyataannya, Amin juga membangkitkan isu berkenaan dengan kerja-kerja mengecat bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan.
"Saya ingin bangkitkan isu kerja-kerja cat bangunan PPR - adakah tender-tender cat tersebut diberi secara terbuka?"
"Atau adakah projek-projek tersebut diberikan kepada kroni-kroni Raja Nong Chik?" kata beliau sambil menambah, "saya juga ingatkan Raja Nong Chik betapa kecewanya penduduk Kampung Baru terhadap beliau disebabkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, hingga mereka menebarkan kain rentang yang menghalau beliau keluar dari situ."
Selain itu katanya, penduduk Lembah Pantai sedar bahawa kerja-kerja membaiki longkang, sampah, jalan-jalan berlubang dan mengecat bangunan awam adalah di bawah DBKL, dan agensi itu terletak di bawah kementarian beliau kerana segala kuasa, kewangan dan jentera kerajaan yang sepatutnya dipilih oleh rakyat adalah di bawah kuasa dan tanggungjawab Raja Nong Chik.
"Oleh itu, jika longkang tersumbat, sampah berselerak, jalan berlubang, nyamuk membiak dan sebagainya hanya bermakna Raja Nong Chiklah yang tidak berkerja.
"Maka sekali lagi saya ingin ingatkan Raja Nong Chik, beringat-ingatlah - penduduk Wilayah Persekutuan melihat setiap perkara yang anda lakukan," katanya lagi.

=====
Dari Sinar Harian
Monday, 16 January 2012
Isu ini dalam Sejarah
Ini petikan dari 2008. Menarik?
=====
LEMBAH PANTAI -- Bekas Pemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad yang gagal mempertahankan jawatanya baru - baru ini kecewa dengan kenyataan Datuk Raja Nong Chik yang mendakwa kepimpinanya gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihanraya umum yang ke 12 baru - baru ini. Pada masa yang sama Yusri juga berkata pihaknya akan mengahantar aduan berserta bukti kepada Lembaga Disiplin dan Badan Percegah Rasuah ( BPR ) berhubung terdapatnya amalan politik wang dalam kalangan perwakilan dan calon yang bertanding pada pwmilihan kali ini.
"Kita minta mereka melakukan siasatan. Setiap perwakilan hendaklah disiasat dan semasa penyiasatan ini, mereka hendaklah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak menerima sebarang pemberian wang", katanya kepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 13 November, hari ini.
Pada pemilihan UMNO Lembah Pantai yang berlangsung minggu lepas, Raja Nong Chik berjaya merampas semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.Yusri mendapat 91 undi manakala Raja Nong Chik pula mendapat 174 undi. Kemenangan besar Raja Nong Chik tidak memberikan kejutan kerana ramai pihak sudah meramalkanya.
Yusri berkata lagi, "Namun demikian, saya cukup kecewa dengan kenyataan Raja Nong Chik yang seolah-olah mempersalahkan pimpinan saya punca kekalahan BN pada pilihanraya.Saya ingin bertanya, dimana beliau ketika kempen pilihanraya tersebut?"
"Sebagai bekas Ketua Bahagian ketika itu, saya harap beliau berinisiatif untuk berbincang dengan kepimpinan apa yang harus dilakukan."
Pada pilihanraya lepas, Shahrizat Abdul Jalil gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai ditangan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah.
Manakala Wilayahkini difahamkan, sudah ada usaha - usaha di peringkat bahagian untuk ketengahkan nama Raja Nong Chik sebagai calon BN di parlimen Lembah Pantai Parlimen diatas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian selepas ini. Apakah Shahrizat terpaksa mencari kawasan baru ? Kekalahan Yusri juga dikatakan akan memberi tamparan hebat kepada Shahrizat di Lembah Pantai selepas ini ?
"Saya telah diugut..."
"...supaya tidak menentang Menteri Wilayah."
"Nasib kita memang sial, tuan-tuan. Kita pilih pemerintah, pemerintah itu tindas kita balik!"
Apa pulak kerenahnya Umno-BN kali ni, sampai arahkan balaci hantar SMS ugut orang jangan tentang menteri?
Nota: Kalau ayahanda-ayahanda pun sudah marah...!!

Pagi Ahad di Sri Sentosa
SRI SENTOSA, 15 Jan - YB Nurul Izzah telah turun ke pasar Sri Sentosa pada Ahad yang baru lalu ini untuk bersama penduduk serta menghulurkan sedikit bantuan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung minggu hadapan.
Tim Kanta dimaklumkan lebih 300 pek sumbangan telah disediakan buat sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun ini. Selain di Sri Sentosa, penduduk di PPR Muhibbah dan Pantai Ria akan turut menerima pek-pek tersebut. Semoga ianya sedikit-sebanyak membantu.

Pemberian sempena Tahun Baru Cina |
Ramai yang hadir |
Memastikan semua yang layak dapat akan terima sumbangan |
Friday, 6 January 2012
Plan B Dato Seri Anwar Ibrahim
Tapi, beliau mempunyai Plan B. Apakah pelan tersebut? Saksikan wawancara eksklusif beliau bersama Sinar Harian.
Thursday, 5 January 2012
Pertemuan dengan SPR
KUALA LUMPUR, 5hb Jan - Pelbagai masalah masih wujud dengan senarai daftar pengundi induk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), serta proses pilihanraya yang bakal diubah untuk pilihanraya ke-13 yang akan datang.
YB Nurul Izzah, YB Tian Chua serta Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat mereka pagi ini telah membangkit dan membincangkan beberapa isu:
- pengundi pos/pengundi awal, yang menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana proses pengundian yang tidak jelas
- penggunaan dakwat kekal, yang tidak diguna untuk pengundi pos/pengundi awal
- Syarikat MIMOS yang tidak akan digunapakai untuk menjamin integriti daftar pengundi induk SPR, seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi SPR Wilayah, En Shafie
Setakat ini, pelbagai isu daftar pengundi yang bermasalah. Contohnya, di Lembah Pantai:
- 133 nama tiada dalam rekod online SPR
- 233 nama yang berumur 90 tahun ke atas
- 68 nama yang mengundi di lebih dari satu tempat
Nota: Tim Kanta berharap isu-isu ini akan dapat diperjelas secepat mungkin, sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilakukan

Pn Hasnah Hashim dan YB Nurul Izzah |
YB Tian Chua, Dr Idris Ahmad, dan Dato Dr Tan Kee Kwong |
Wednesday, 4 January 2012
Ceramah Umum 6hb Januari
Kanta Lembah Pantai dengan bangganya mengumumkan Ceramah Umum anjuran Lembah Pantai yang akan diadakan pada hari Jumaat, 6hb Januari, jam 9mlm.
Antara penceramah termasuklah DS Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Prof Aziz Bari, dan YB Nurul Izzah.
Peta lokasi: http://g.co/maps/pj3bw
Subscribe to:
Posts (Atom)