Monday, 16 January 2012

Isu ini dalam Sejarah


Ini petikan dari 2008. Menarik?

=====

LEMBAH PANTAI -- Bekas Pemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad yang gagal mempertahankan jawatanya baru - baru ini kecewa dengan kenyataan Datuk Raja Nong Chik yang mendakwa kepimpinanya gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihanraya umum yang ke 12 baru - baru ini. Pada masa yang sama Yusri juga berkata pihaknya akan mengahantar aduan berserta bukti kepada Lembaga Disiplin dan Badan Percegah Rasuah ( BPR ) berhubung terdapatnya amalan politik wang dalam kalangan perwakilan dan calon yang bertanding pada pwmilihan kali ini.

"Kita minta mereka melakukan siasatan. Setiap perwakilan hendaklah disiasat dan semasa penyiasatan ini, mereka hendaklah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak menerima sebarang pemberian wang", katanya kepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 13 November, hari ini.

Pada pemilihan UMNO Lembah Pantai yang berlangsung minggu lepas, Raja Nong Chik berjaya merampas semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.Yusri mendapat 91 undi manakala Raja Nong Chik pula mendapat 174 undi. Kemenangan besar Raja Nong Chik tidak memberikan kejutan kerana ramai pihak sudah meramalkanya.

Yusri berkata lagi, "Namun demikian, saya cukup kecewa dengan kenyataan Raja Nong Chik yang seolah-olah mempersalahkan pimpinan saya punca kekalahan BN pada pilihanraya.Saya ingin bertanya, dimana beliau ketika kempen pilihanraya tersebut?"

"Sebagai bekas Ketua Bahagian ketika itu, saya harap beliau berinisiatif untuk berbincang dengan kepimpinan apa yang harus dilakukan."

Pada pilihanraya lepas, Shahrizat Abdul Jalil gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai ditangan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah.

Manakala Wilayahkini difahamkan, sudah ada usaha - usaha di peringkat bahagian untuk ketengahkan nama Raja Nong Chik sebagai calon BN di parlimen Lembah Pantai Parlimen diatas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian selepas ini. Apakah Shahrizat terpaksa mencari kawasan baru ? Kekalahan Yusri juga dikatakan akan memberi tamparan hebat kepada Shahrizat di Lembah Pantai selepas ini ?

Pautan asal

No comments:

Post a Comment