Thursday, 26 January 2012

Ribut di Lembah Pantai

PPR CEMPAKA, 25 Jan - Kejadian ribut yang tidak disangka-sangka berlaku telah menimpa penduduk PPR Cempaka hari ini sekitar jam 6 petang. Dari tinjauan pegawai Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, didapati lebih enam buah kenderaan dan beberapa motosikal telah mengalami kerosakan teruk akibat zink bumbung yang berterbangan.

Tiga buah kereta bomba dan pasukan penyelamat telah dengan pantasnya hadir ke tempat kejadian, dan alhamdulillah tiada kemalangan nyawa telah berlaku.

Jutaan terima kasih kepada pihak bomba dan juga DBKL yang telah membantu untuk mengalih bumbung-bumbung yang telah jatuh serta membuatkan kawasan PPR ini lebih selamat untuk semua penduduk.

Nota Kanta: Untuk menghindari kejadian seperti ini dari berlaku lagi, semua bumbung bangunan PPR harus diperiksa dengan rapi dan sempurna, kerana kejadian hujan ribut yang luar biasa kekuatannya semakin hari semakin kerap kita alami.






No comments:

Post a Comment