Wednesday, 5 September 2012
Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai
Semua dijemput ke Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai yang akan diadakan pada:
Tarikh: 9hb September 2012 (Ahad)
Waktu: 10 pagi - 1 petang
Tempat: Apartmen Pantai Permai, Pantai Dalam
Juga, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir bersama Bas Jelajah Merdeka Rakyat pada jam 11 pagi.
Friday, 3 August 2012
Peruntukan RM2 juta hanya untuk Umno
Peruntukan RM2 juta hanya untuk Umno
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Julai 2012
30 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa peruntukan RM2 juta daripada Kerajaan Pusat yang sepatutnya diberikan kepada beliau selaku Ahli Parlimen untuk mengadakan pelbagai program membantu rakyat, hanya diberikan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
Beliau mendakwa, setiap program dilaksanakan pusat khidmat Lembah Pantai, sering disabotaj, termasuk sukar memperoleh permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Saya harap perkara ini tidak akan terus berlaku kerana wang tersebut adalah hak rakyat yang sewajarnya diberikan kepada mereka, jadi mengapa bantuan tersebut tidak sampai,” katanya pada program penyampaian bantuan zakat kepada penduduk Lembah Pantai, di Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini.
Beliau menambah, pihak DBKL dan Umno juga sepatutnya berpolitik secara matang, berpegang kepada undang-undang dan tidak hanya menyokong sebelah pihak.
“Kita hairan, jika Umno mengadakan program, permit begitu mudah dapat, tetapi apabila pembangkang mengadakan program pelbagai sabotaj dilakukan.
“Mereka seharusnya menjalankan tugas dengan jujur tanpa kira siapa yang mentadbir setiap kawasan,” katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan wang zakat dan keperluan kepada 300 penduduk Kampung Pasir dan turut berbuka puasa dengan golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.
“Setiap satu sen sumbangan zakat yang diterima daripada rakyat untuk diberikan kepada golongan asnaf perlu diberikan dengan jujur tanpa berlaku penyelewengan, warna kulit dan perbezaan pemahaman politik,” katanya.

Labels:
DBKL,
Lembah Pantai,
Nurul Izzah,
Ramadhan,
sumbagan,
Umno,
zakat
Tuesday, 17 July 2012
Balai Polis Brickfields diselamatkan!
BRICKFIELDS, 17 Julai - Alhamdulillah, satu kemenangan besar buat Polis Di-Raja Malaysia dan penduduk Brickfields telah dicatat dengan penarikbalikan cadangan untuk membangun semula IPD Brickfields sebagai kondominium.
Kanta Lembah Pantai difahamkan bahawa IPD Brickfields telah dipindahkan untuk membolehkan Primamuda Holdings, di mana salah seorang pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Bukit Bintang dan Senator Dewan Negara - Mariany Md Yit - membangunkan semula Lot 18 (tapak IPD Brickfields lama) - baca sini untuk maklumat latar belakang.
Semoga pihak PDRM akan dapat menikmati IPD Brickfields yang baru, langsung Brickfields akan menyaksikan pengurangan kadar jenayah yang diingini penduduk Brickfields.
Tahniah kepada semua yang berusaha untuk memastikan rakyat benar-benar didahulukan!

Tuesday, 10 July 2012
Kempen Keselamatan Jalan Raya
PANTAI DALAM, 18 Jun - Satu kempen kesedaran keselamatan jalan raya telah diadakan di hadapan Petronas NPE, anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kempen ini, yang menyaksikan pemberian 100 topi keledar motosikal serta risalah keselamatan jalanraya kepada penunggang-penunggang motosikal di Pantai Dalam, telah menarik minat begitu ramai orang hingga topi keledar yang disediakan telah habis diedar dalam masa tidak sampai 10 minit!
Semoga program-program sebegini akan diteruskan, demi keselamatan penduduk Lembah Pantai.
Semoga program-program sebegini akan diteruskan, demi keselamatan penduduk Lembah Pantai.
"Cik, pakai topi keledar mesti klip betul-betul!" |
Keselamatan Tanggungjawab Bersama! |
Penunggang motosikal menanti giliran mendapatkan topi keledar |
Friday, 15 June 2012
Pemberian Kerusi Roda
PANTAI DALAM, 15 Jun - YB Nurul Izzah pada hari ini telah menyerahkan 6 buah kerusi roda untuk beberapa penduduk Lembah Pantai yang memerlukannya. Penyerahan ini dibuat di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Pantai Dalam, dan diserah kepada Tn Hj Ahmad selaku Pengarah Biro Agama serta wakil para penerima.
Semoga usaha sebegini akan dapat dipertingkat bagi membantu semua yang memerlukannya.
Semoga usaha sebegini akan dapat dipertingkat bagi membantu semua yang memerlukannya.
Saturday, 9 June 2012
Diskusi Isu-isu Terkini di Lembah Pantai
Jom hadir beramai-ramai mendengar diskusi isu-isu terkini di Lembah Pantai ;
Tarikh : 10 Jun 2012 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Gerakan Keadilan Kg Pasir Baru, Pantai Dalam
Sunday, 3 June 2012
Program Motivasi dan Pemantapan Sahsiah 2012
Jom Daftar Program Motivasi dan Pemantapan Sahsiah 2012 yang akan diadakan seperti berikut ;
Tarikh : 10 Jun 2012 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Madrasah Al-Falah, Pantai Dalam
100 peserta sahaja, untuk Tingkatan 3,4 dan 5
Penyertaan adalah PERCUMA :)
Thursday, 31 May 2012
Laporan Polis oleh Mangsa Malam Berdarah Lembah Pantai
Laporan polis telah dibuat oleh mangsa 'keganasan politik dan samseng' pada 26 Mei 2012 (Sabtu) jam 11.30 pagi di Balai Polis Pantai, Pantai Baharu. Laporan ini dibuat agar pihak polis mengesan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan provokasi murahan sehingga menyebabkan kecederaan kepada hadirin yang hadir pada ceramah di Lembah Pantai malam tersebut.
Laporan polis juga turut dibuat oleh emak kepada seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang cedera di tangan akibat terkena balingan batu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis tersebut telah dibuat pada malam kejadian ceramah tersebut iaitu 24 Mei 2012.
Malam Itu di Kerinchi oleh YB Khalid Samad
Pada
malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO
membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia.
Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah
terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah
bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur
dan juga membocorkan tayar kenderaan. Maka amat jelas sekali bahawa UMNO
hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang
tidak bertamaddun dan beretika.
Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan. Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-tiba rebah dan disambut orang-orang di tepinya. Beberapa orang memapahnya dan membawanya ke belakang.
Dalam keadaan trauma sebegitu sekalipun, rakyat tidak berganjak. Atas sikap istiqamah rakyat yang terus bersama, ceramah diteruskan oleh DSAI dan ditutup akhirnya oleh diri saya sendiri. Rakyat tidak berganjak sehingga majlis berakhir.

Tetapi
apa yang saya kesal dan kasihan ialah pihak Polis yang hadir bertugas
pada malam itu. Pasti mereka ingin menghalang dan mungkin juga menangkap
samseng-samseng belaan UMNO tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri.
Samseng-samseng ini tidak boleh disentuh, maka di atas sebab UMNO
berkuasa, kredibiliti polis terjejas. Rakyat tertanya-tanya mengapa
Polis tidak bertindak dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak
Polis. Oleh itu, pihak Polis yang ingin menyelamatkan institusi Polis
sebelum terlambat perlu menolak UMNO dan mengundi PR.
Selepas ceramah selesai, sekembali saya ke kereta, saya dapati tayar belakang belah pemandu telah kempis. Kami terpaksa membukanya dan menggunakan tayar ganti. Pasti kerja samseng yang sama juga dan sebaik sahaja kami selesai, datang sebuah kereta dan berhenti di tepi saya. Tuan kereta menurunkan cermin dan memberitahu bahawa tayarnya juga telah didapati kempis! Seorang lagi yang menjadi mangsa budaya samseng yang semakin bermaharajalela.
Ini semua merupakan bukti bahawa UMNO semakin nazak dan tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi masalah mereka. Adakah mereka fikir tindakan samseng akan menyebabkan rakyat menyokong mereka dan seterusnya mengundi mereka? Jelas mereka tidak mengenali rakyat Malaysia.
Usaha baling batu sembunyi tangan dengan kaedah out-sourcing ataupun melalui budaya sub-con kerja-kerja terkutuk kepada NGO seperti PERKASA, JATI, Bekas Tentera dan sebagainya tidak akan berjaya untuk menipu rakyat. Semua tahu ianya kerja siapa. Kerja sebuah parti yang terdesak serta sedang nazak dan melibas ke kiri dan ke kanan. Tetapi apa yang pasti ialah insyaAllah UMNO akan terkubur dalam sejarah dengan penuh kehinaan dengan dicaci rakyat.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Ceramah KEADILAN Lembah Pantai
Ikuti sedutan ceramah di Lembah Pantai pada 24 Mei 2012. Antara penceramah yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah Anwar, YB Tian Chua, Sdr Shamsul Iskandar dan YB Khalid Samad ;
1) Ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim-Ketua Pembangkang Malaysia
2) Ceramah oleh YB Nurul Izzah Anwar-Ahli Parlimen Lembah Pantai
3) Ceramah oleh YB Tian Chua-Ahli Parlimen Batu
4) Ceramah oleh Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin-Ketua AMK Pusat
5) Ceramah oleh YB Khalid Samad-Ahli Parlimen Shah Alam
"Malam Kesedihan di Lembah Pantai"
24 Mei 2012- Ceramah KEADILAN Lembah Pantai di perkarangan flat Perumahan Pantai Permai yang pada mulanya berada dalam kemeriahan Demokrasi menjadi kecoh
apabila 'beberapa individu' membaling batu, telur dan botol air ke arah
hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin KEADILAN.
Kehadiran warga Lembah Pantai dan masyarakat sekitar bagi mendengar ucapan pemimpin-pemimpin terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diganggu dengan suasana yang amat mendukacitakan ditambah pula dengan provokasi murahan pihak tertentu.
Ceramah pada malam itu yang dimulai oleh YB Tian Chua, kemudian Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat. Sejurus sahaja YB Nurul Izzah memulakan ceramah beliau, PA System tiba-tiba tidak berfungsi. Kedengaran teriakan "wayar dipotong"..."wayar dipotong". Ternyata, wayar telah disabotaj lagi.
Keadaan mula menjadi kelam kabut apabila telur dibaling kearah orang ramai yang hadir di ceramah tersebut. Bukan sahaja telur, bahkan batu juga dibaling menyebabkan seorang pakcik cedera setelah batu yang dilempar terkena kepala beliau.
Kejadian ini berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan di hadapan ribuan warga Lembah Pantai. Politik Samseng dan Ganas sekali lagi dinampakkan di hadapan yang hadir. Tidak cukup dengan itu, ceramah Ketua Pembangkang diganggu berulang kali dengan teriakan dan pekikan suara sumbang ditambah lagi gangguan laser dari flat yang berdekatan.
Rupanya, bukan hanya pakcik ini sahaja yang menjadi mangsa pada malam itu, tetapi hadirin yang hadir dikejutkan dengan kecederaan seorang anak kecil berumur 12 tahun yang cedera di tangan apabila terkena batu yang dibaling.
Thursday, 12 April 2012
Mari duduk dan bantah!
KUALA LUMPUR, 12 April - Tinggal lebih kurang 15 hari lagi sebelum tibanya masa untuk kita rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk duduk dan bantah sempena Bersih 3.0!
Mengapa kita duduk? Kerana kita mahu menunjukkan kepada semua bahawa protes aman boleh dilakukan, dan keadaan 'duduk' itu tidak membawa apa-apa erti ancaman kepada keselamatan negara. Maklumlah, kita hanya datang nak duduk, bukan berlari-lari di jalan raya seperti yang dipaksa pihak berkuasa sewaktu Bersih 1 dan 2 dahulu.
Mengapa kita bantah? Kerana sudah jelas bahawa laporan PSC tentang penambahbaikan proses pilihan raya tempoh hari tidak cukup - tiada political will oleh pentadbiran Najib Razak untuk melakukan perubahan yang besar dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah dinyatakan Bersih 2.0 dahulu. Malah, semakin jelas yang pelbagai jenis tipu helah sedang dan MASIH dijalankan, walaupun PSC tersebut sedang berjalan! (Contoh yang paling ketara: pemindahan Tan Sri Khalid Ibrahim dari mengundi di PJ Selatan ke Lembah Pantai, kononnya atas alasan "re-delineation exercise"!)
Apa yang ingin dicapai? Semua pesuruhjaya SPR mesti letak jawatan. Kerana sudah jelas mereka tidak dipercayai lagi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, kesemua pesuruhjaya SPR mestilah diubah dan diganti dengan mereka yang tiada kaitan langsung dengan politik, dan boleh dipercayai orang ramai.
Masanya telah tiba. Kita harus bergegas, kerana khabarnya Parlimen akan dibubar tidak lama lagi. Jika kita tidak bangkit sekarang, mungkin PRU13 ini akan menjadi antara pilihan raya yang paling KOTOR dalam sejarah negara kita.
Ayuh kita ke Dataran Merdeka, 28hb April 2012! Kita duduk dan bantah!
Thursday, 5 April 2012
Isu 34 keluarga Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi
KG KERINCHI, 3 April - Satu insiden yang cukup memalukan telah berlaku di Kg Kerinchi, sewaktu 34 keluarga pemilik unit Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi sedang membuat perbincangan dengan pihak berkuasa untuk berpindah keluar (34 keluarga pemilik ini telah diserah surat merah, yang mengarahkan mereka pindah di bawah Akta Pengambilalihan Tanah 1960).
Beberapa orang yang telah dikenalpasti sebagai anggota Umno Lembah Pantai dari Sentosa dan Kondo Rakyat (bukan penduduk Kg Kerinchi) telah menimbulkan kekacauan dan menumbuk seorang anak muda, Adam Adli. Seorang lagi, Ikhsan Bukhari, telah sempat dibawa pihak polis keluar dari kawasan tersebut.
Sila lihat klip dibawah.
Satu laporan polis telah dibuat ke atas seorang individu bernama Pesot dari Kondo Rakyat berkaitan insiden menumbuk ini. Semoga dia dan yang sama waktu dengannya akan dibawa ke muka pengadilan!
Katakan TIDAK kepada Politik Keganasan!

Thursday, 8 March 2012
Kg Pasir Dilanda Banjir (Sekali Lagi)
KG PASIR, 8 Mac - Tidak sampai sebulan, banjir sekali lagi melanda Kg Pasir. Setelah hujan turun sepanjang malam, air sungai di Kg Pasir telah melimpah, mengakibatkan rumah-rumah penduduk Kg Pasir dinaiki air.
YB Nurul Izzah telah turun untuk melihat antara kawasan yang paling teruk mengalami kerosakan akibat banjir tersebut bersama dengan En Ridzuan, Pegawai Perparitan DBKL. Antara kegelisahan yang dialami penduduk selain masalah banjir itu sendiri ialah sistem pemantauan banjir yang sudah tidak lagi berfungsi.
Difahamkan pembersihan kawasan banjir kilat oleh pihak DBKL dan penduduk telah membantu mengelak kenaikan air yang lebih serius.

Wednesday, 7 March 2012
Bantahan penduduk sekitar Bukit Gasing
BUKIT GASING, 4 Mac - Gerakan Save Bukit Gasing telah mengadakan satu perhimpunan aman bagi membantah pembangunan di kaki Bukit Gasing. Perhimpunan ini telah mengumpulkan lebih kurang seratus penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak projek tersebut.
YB Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai turut hadir memberi sokongan.
YB Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai turut hadir memberi sokongan.
YB Nurul Izzah menurunkan tandatangan |
Bantahan penduduk sekitar Bukit Gasing |
Tapak pembangunan di lereng Bukit Gasing |
Monday, 5 March 2012
Dialog Penduduk Jln Kurau dengan PDRM
BANGSAR, 3 Mac - Hampir 80 orang penduduk sekitar Jalan Riong, Jalan Kurau, dan Jalan Bilis telah turut serta dalam satu dialog bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), berkisar soal jenayah yang semakin meningkat di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.
Program 2 jam ini telah menyaksikan pelbagai isu diutarakan penduduk, termasuklah sebab-musabab meningkatnya jumlah jenayah di Bangsar (dalam bulan Januari 2012 sahaja sudah direkod sebanyak 5 kes jenayah di Jalan Kurau dan Jalan Bilis), langkah berjaga-jaga yang boleh diambil penduduk, serta usahasama di antara pihak PDRM dan Rukun Tetangga Jalan Kurau.
Selain itu, penduduk juga disarankan menelefon Inspektor Suhaidi (016-7119820) yang bertugas di Balai Polis Pantai sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh disediakan pihak PDRM. Para penduduk juga disarankan mengadakan pertemuan sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan bersama pihak PDRM untuk memastikan tahap keselamatan sekitar Jalan Kurau adalah memuaskan.
Yang paling mustahak ialah kemahuan para penduduk untuk mengaktifkan semula Rukun Tetangga sekitar Jalan Kurau, yang diharapkan akan dapat merapatkan silaturrahim di kalangan jiran tetangga serta meningkatkan tahap keselamatan.

ACP Wan Bari berucap |
Penduduk sekitar Jln Kurau yang hadir |
Masalah Lalulintas Mengancam Anak-anak
BRICKFIELDS, 2 Mac - Anak-anak yang keluar dari sekolah mungkin dalam bahaya akibat lalulintas di Jalan Sultan Abdul Samad yang bertambah dengan mendadak, akibat pertukaran sistem trafik di sekitar Brickfields yang asyik berubah-ubah.
YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, telah turun untuk meneliti keadaan pada hari ini demi memahami keadaan sebenar sekitar Jalan Sultan Abdul Samad, di mana terdapat enam buah sekolah (SK (P) Methodist 1 & 2, SK Brickfields 1 & 2, SRJK La Salle, SMK La Salle, dan SRK Convent St Teresa).
Dari apa yang Tim Kanta lihat, jelas anak-anak yang keluar sekolah terus ke jalan besar akan berhadapan dengan situasi trafik yang membahayakan diri mereka.
YB Nurul Izzah sekali lagi menggesa pihak bertanggungjawab, iaitu DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk melantik seorang jururunding trafik profesional untuk memberikan pendapat yang munasabah tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah trafik sekitar Brickfields yang belum diselesaikan hingga hari ini.

Keadaan bahaya bagi anak-anak yang keluar sekolah |
YB Nurul Izzah mendengar keluhan seorang bapa |
Ibu yang risau dengan trafik yang semakin teruk sekitar Brickfields |
Thursday, 1 March 2012
Kebakaran di PPR Kerinchi Blok B
KG KERINCHI, 28 Feb - Satu kebakaran kecil telah menyebabkan kerosakan kepada rumah seorang penduduk di Blok B, PPR Kg Kerinchi. Menurut mangsa, Pn Juliana, ketika kebakaran berlaku beliau ada di rumah bersama anak dan beliau sedang menyediakan makanan. Kebakaran dipercayai berpunca dari hos gas yang sudah longgar. Syukurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat daripada kejadian di siang hari ini.
Siasatan awal mendapati pili bomba yang disediakan pihak pengurusan PPR Kg Kerinchi tiada tekanan air. Kanta difahamkan pihak berwajib akan berusaha untuk memperbaiki kerosakan tersebut.
Dalam pada itu, YB Nurul Izzah telah melawat Pn Juliana untuk menghulurkan sedikit bantuan dan bertanya khabar selepas berlakunya kejadian kebakaran tersebut.
Nota Kanta: Walau apa pun, langkah berjaga-jaga harus dipupuk di kalangan penduduk, agar keselamatan nyawa dan harta benda terjaga sekiranya berlaku sebarang bala bencana.
YB Nurul Izzah memberi sumbangan kepada Pn Juliana |
Melawat adik Nurul Nazatul
KUALA LUMPUR, 27 Feb - YB Nurul Izzah telah membuat kunjungan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari ini untuk menziarah adik Nurul Nazatul, yang telah mengalami kecederaan serius akibat terkena percikan minyak panas semasa pergi ke pasar malam. Kejadian tragis ini telah menyebabkan hampir 70% badan adik Nazatul melecur.
Pada masa yang sama, YB Nurul Izzah sempat singgah melawat anak ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi serta sakit cirit-birit.
Pada masa yang sama, YB Nurul Izzah sempat singgah melawat anak ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi serta sakit cirit-birit.
Tuesday, 28 February 2012
Program Cegah Nyamuk
KG KERINCHI, 26 Feb - Disebabkan masalah nyamuk yang semakin berleluasa, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengadakan program pencegahan nyamuk. Satu unit petugas telah diarah untuk membuat semburan sekitar Flat 4 Tingkat PKNS Kg Kerinchi.
Walaupun langkah semburan ini hanya satu langkah pencegahan, namun diharapkan para penduduk sekitar Kg Kerinchi ini akan turut bersama untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang lain, seperti membuang bekas yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, membersihkan kawasan-kawasan bersemak dan sebagainya.
InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak, kesihatan para penduduk sekitar Kg Kerinchi akan bertambah baik selepas ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)