Kerajaan sedang membaca emel anda! |
Dalam satu sms yang kami terima, dari theSun, yang berbunyi:
All Malaysians aged 18 and above will get 1MY email account for direct and secure citizen-govt communications
(Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima akaun emel 1MY untuk komunikasi terus antara rakyat dan kerajaan)Apabila difikir sekali, boleh lah kita kata yang kerajaan amat peka dan ingin memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memperolehi akaun emel.
Tapi, apabila kita cuba fikirkan dengan lebih mendalam, amatlah jelas betapa membazirnya projek sebegini. Projek yang akan dikendalikan syarikat Tricubes Bhd ini dianggar bernilai RM50 juta, dan telah menimbulkan pelbagai soalan di hati rakyat. Antara lainnya:
- Tahap broadband penetration di Malaysia buat waktu ini baru sekitar 60% - bagaimanakah dengan adanya emel, rakyat di kawasan luar bandar terutamanya akan menerima faedah sekiranya untuk mendapatkan akses internet juga begitu sukar?
- Siapakah yang sebenarnya mendapat manfaat projek ini? Adakah kita rakyat Malaysia yang bakal menerima faedah, atau adakah syarikat yang terlibat?
- Kononnya, sistem emel 1MY ini diadakan untuk menambahbaik perhubungan antara rakyat dan kerajaan. Adakah ini bermakna kerajaan Barisan Nasional beranggapan tahap perhubungan yang sedia ada tidak memuaskan?
- Sekiranya projek ini adalah suatu projek swasta (lihat tweet dibawah yang ditulis YAB Perdana Menteri tengah malam tadi), bagaimanakah rakyat boleh mendapat kepastian yang segala maklumat terkandung dalam sistem emel 1MY ini tidak akan disalahguna, seperti yang kita lihat seringkali berlaku dengan penjualan data semasa kita mengisi pelbagai jenis borang dsb?
- Jika benar syarikat Tricubes Bhd, sebuah syarikat swasta, akan melabur dana sebanyak RM50 juta ke dalam projek ini, bagaimanakah syarikat ini yang dikatakan menghadapi masalah di Bursa Saham akan menebus ganti dana yang dilaburkan?
Tweet Datuk Seri Najib tengah malam tadi |
Begitu banyak persoalan, rakyat cuma menunggu jawapan.
Pasca-skrip: Joinlah FB group ini sekiranya anda setuju.
No comments:
Post a Comment