Monday 15 August 2011

Bantuan kepada penduduk Blok 20 Bukit Angkasa

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menyerahkan bantuan kepada penduduk miskin di Blok P20 Bukit Angkasa.

Kempen Seorang Sekampit Beras dengan tema "susah sama ditanggung dan senang sama dirasa' itu dihadiri warga-warga emas serta terpancar sinar gembira di wajah mereka apabila seorang wakil rakyat yang mesra menghulur bantuan untuk meringankan beban kehidupan yang semakin meningkat setiap hari.

Semoga kempen ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu golongan yang memerlukan. Amin.

Bersama-sama menjayakan kempen.
Bergambar dengan petugas dan penduduk.
Bertanya khabar keadaan seorang penduduk.
Penduduk yang hadir menerima bantuan.
Senyuman gembira terpapar di wajah seorang penerima

No comments:

Post a Comment