PETALING JAYA, 11 Ogos - Kes pembunuhan tiga orang anak muda - Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22 - di Glenmarie, Selangor, kini kembali ke perhatian umum.
Kali ini, keluarga ketiga-tiga mangsa telah membuat satu laporan polis setelah menerima laporan bedah siasat terkini ke atas Mohd Hanafi Omar. Laporan ini dibuat di IPD Petaling Jaya, ditemani para peguam dari Lawyers For Liberty dan YB Nurul Izzah Anwar.
Apa yang jelas dari kesemua laporan bedah siasat yang telah dilakukan ialah ketiga-tiga mangsa telah ditembak di kepala (dan ada yang terkena tembakan di dada), pada jarak dekat, berkemungkinan mereka sedang melutut sambil penembak berdiri.
Diharapkan kebenaran dan keadilan akan dapat ditegakkan buat ketiga-tiga anak muda ini, dan semoga PDRM akan berhenti berkelakuan sebegini.
No comments:
Post a Comment