Thursday 25 August 2011

Melawat warga emas Lembah Pantai dan menyerahkan bantuan

Kuala Lumpur 23 Ogos - Sebagai pemimpin generasi muda yang mempunyai budi pekerti yang baik YB Nurul Izzah Anwar meluangkan kira-kira dua jam untuk melawat lima warga emas yang tinggal di kawasan Parlimen Lembah Pantai untuk bertanya khabar serta menyerahkan barang-barang di bawah program Jom Shopping.

Kelima-lima warga emas itu tidak dapat menyertai program Jom Shopping pada 21 Ogos lepas berikutan terlalu uzur dan sebagai ganti Nurul Izzah menyerahkan sendiri barang-barang yang dibeli kepada warga emas tersebut.



YB Nurul Izzah melihat Makcik Siti Zaharah
menujukkan poster yang masih disimpannya

Makcik Siti Zaharah menceritakan
sesuatu kepada YB Nurul Izzah

YB Nurul Izzah Anwar sempat memberi pos istimewa
dengan Makcik Fatimah

Bertanya sesuatu kepada Makcik Esah yang agak uzur



Melawat Makcik Waliyah



No comments:

Post a Comment