Thursday, 25 August 2011

DS Anwar Ibrahim di Masjid Ar-Rahman

BUKIT PANTAI, 25 Ogos - Malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun ke Masjid Ar-Rahman, Bukit Pantai, untuk mengerjakan solat Isya' dan Tarawih, menemani YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai. Datuk Seri Anwar dan YB Nurul Izzah telah disambut dengan penuh semangat oleh lebih kurang 150 anak kariah.

Setelah solat Isya', Datuk Seri Anwar telah memberikan sedikit tazkirah mengenai Ramadhan dan erti perjuangan. Alhamdulillah, hadirin dapat memahami isi kandungan tazkirah tersebut, dan semoga semua akan berusaha untuk perbaiki amal ibadah bukan sahaja sewaktu bulan Ramadhan, tapi sepanjang tahun.

Nota Kanta: Syukurlah ada pemimpin seperti Datuk Seri dan YB Nurul Izzah yang turun padang dengan senang dan mudah, membawa bukan barang-barang yang bakal habis dan hilang, tetapi dengan mutiara ilmu yang mengkayakan nurani dan kalbu.

Bergambar bersama kariah masjid

Bersalaman sebelum pulang

No comments:

Post a Comment