Sunday 7 August 2011

Program Tuisyen Percuma

PETALING UTAMA, 7 Ogos - Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama-sama Pusat Tuisyen Bestari Ilmu telah mengadakan satu program tuisyen percuma sempena peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang semakin hampir.

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna PJS 1/35, Petaling Utama ini telah disertai lebih 120 peserta, yang telah diberi kata-kata semangat selain tips untuk membuat persediaan untuk menduduki ujian PMR.

YB Nurul Izzah bersama para murid 
Memberi kata-kata perangsang
Pemberian Sijil Penyertaan
Gambar kenang-kenangan --- Selamat Maju Jaya!

No comments:

Post a Comment