Thursday 18 August 2011

Bantuan kepada penduduk Blok 20 Bukit Angkasa

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menyerahkan bantuan kepada penduduk miskin di Blok P20 Bukit Angkasa.


Kempen Seorang Sekampit Beras dengan tema "susah sama ditanggung dan senang sama dirasa' itu dihadiri warga-warga emas serta terpancar sinar gembira di wajah mereka apabila seorang wakil rakyat yang mesra menghulur bantuan untuk meringankan beban kehidupan yang semakin meningkat setiap hari.

Nurul Izzah semasa berucap memberitahu, walaupun pihaknya berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam menyediakan bantuan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan di kawasan Parlimen Lembah Pantai, bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedikit sebanyak telah mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihaknya.

"Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa tetapi, yang penting dalam perkara ini ialah sumbangan ini adalah ikhlas dan diharap ia sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban yang di tanggung oleh penduduk,'' katanya.

Menurut beliau, banyak perkara dari segi bantuan yang hendak diberikan kepada penduduk tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan memandangkan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak memberi peruntukan secara adil kepada ahli-ahli Parlimen untuk membantu penduduk dikawasan yang mereka wakili.


YB Nurul Izzah prihatin isu penduduk setempat
Bersama penduduk
Gambar kenang-kenangan

No comments:

Post a Comment