Sunday, 21 August 2011

Jom Shopping dengan Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Sebanyak 100 warga emas Lembah Pantai hari ini meluangkan kira-kira dua jam membeli-belah bersama-sama dengan ahli Parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar.

Program yang bermula pukul 11 pagi itu berlangsung dengan penuh gembira berikutan peluang yang diberikan kepada warga emas itu untuk membeli belah barang-barang keperluang masing-masing.

Nurul Izzah ketika ditemui memberitahu, program Jom Shopping ini merupakan program kerajaan negeri Selangor yang dikhususkan kepada anak Selangor yang tinggal di negeri itu ataupun disekitar Kuala Lumpur.

“Program ini melibatkan warga emas sekitar kawasan Parlimen Lembah Pantai dengan setiap seorang diperuntukan RM100 untuk berberlanja apa sahaja yang mereka suka.

“Terdapat warga emas yang membeli barang-barang keperluan dapur, barang-barang membuat kuih dan ada yang menggunakannya untuk membeli baju Melayu,” katanya ketika ditemui di Tesco Jalan Kelang Lama di sini hari ini.

Katanya, program ini adalah salah satu cara kerajaan negeri membantu golongan warga emas untuk mengurangkan beban perbelanjaan dan juga satu cara untuk mereka merasa berbelanja di pasar besar yang kadang-kadang jarang dapat mereka lakukan.

Nurul Izzah menegaskan, program ini akan dijalankan dari semasa ke semasa dan berharap akan terus mendapa sokongan daripada kerajaan negeri untuk menjalankan acara tersebut.

Mencuba kasut baru

Memilih barang yang hendak dibeli


Bersalam dengan staff Tesco yang sibuk
membantu program Jom Shopping


Bertanya barang-barang yang hendak
dibeli oleh peserta

Bertanya sesuatu dengan seorang warga emas


Rehat sebentar menunggu bas selepas
bershopping di Tesco


Harap gembira shopping bersama saya


Semoga pakcik gembira di hari lebaran nanti


No comments:

Post a Comment