YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah pada pagi ini turun ke tapak pembinaan yang baru sahaja selesai merobohkan rumah penduduk terakhir di situ. Beliau membangkitkan beberapa soalan yang dituju khas kepada SP Setia dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (yang dipandu Pemuda Umno dan dipengerusi Ketua Pemuda Umno):
- Mengapa cadangan pengambilalihan ini baru timbul sekarang walhal usahasama atau joint venture (JV) antara SP Setia Sdn Bhd dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan, YGP Holdings Sdn Bhd, untuk projek ini telah dimeterai semenjak tahun 2000 lagi? Adakah pengambilalihan ini selari dengan hasrat yayasan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan bandar?
- Bagaimanakah KLEC memperoleh sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium berdasarkan prinsip perkongsian untung pada nisbah 80:20 dengan DBKL? Adakah ianya melalui tender terbuka atau cara lain? Apakah kriteria yang digunapakai Kerajaan dalam memilih KLEC untuk diserahkan tanah milik Kerajaan tersebut?
- Sekiranya pengambilalihan tersebut terlaksana, ke arah mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu kehidupan golongan bumiputera berpendapatan rendah. Maka, bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar, terutama mereka yang telah dipindahkan dari Kg Hj Abdullah Hukum? Atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno?
YB Nurul Izzah ditemubual wartawan di tapak KL Eco City |
No comments:
Post a Comment