Monday 1 August 2011

Program pembahagian moreh

Pantai Dalam, 30 Julai - Dalam menyambut kedatangan Bulan Ramadhan 1432H yang mulia ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar bersama-sama Team KEADILAN Lembah Pantai telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan bagi tahun ini. Sumbangan ini diberikan kepada semua masjid dan surau di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Majlis yang telah diadakan di Perkarangan Blok P21, Taman Bukit Angkasa itu dihadiri oleh Pengerusi setiap Masjid dan Surau atau wakil. Sebanyak 6 Masjid dan 44 surau telah menerima bantuan sumbangan untuk Moreh pada kali ini. Walaupun dalam keadaan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak diberikan tetapi berkat usaha, doa dan sumbangan orang ramai, Allah SWT memberikan jalan dan permudahkan kerja-kerja, sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis ini dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Mudah-mudahan segala Ibadah kita dilipatgandakan terutama di dalam bulan yang mulia ini.

YB Nurul Izzah berucap melancarkan program

Wakil masjid dan surau yang hadir menerima sumbangan

Kaunter sumbangan sibuk mengagih

No comments:

Post a Comment